Perkembangan kebudayaan Islam secara tidak langsung telah menyebarkan karya-karya senibina bercirikan Islamik yang paling indah untuk masyarkat dunia. Butiran yang teliti serta perhiasan indah merupakan antara ciri-ciri unik senibina Islam. Berikut adalah sepuluh pilihan bangunan bersejarah dan kontemporari Islamik yang boleh kita hayati.

10. Rumah mandi Sultan Amir Ahmad, Kashan, Iran

Dibina pada abad ke 16, binaan ini kini telah menjadi salah satu destinasi popular di kalangan pelancong. Rumah mandi yang dihiasi jubin ornamental biru dan emas ini juga telah didaftarkan sebagai tapak warisan Nasional di Iran.

10 Senibina Islam Yang Indah Patut Anda Kunjungi!

10 Senibina Islam Yang Indah Patut Anda Kunjungi!

9. Bandar Biru Chefchaouen, Morocco

Bandar kecil di pergunungan Rif ini sangat terkenal dengan sejarah dan budayanya tetapi paling utama ia dikenali sebagai sebuah bandar yang dipenuhi dengan rumah dan bangunan unik warna biru. Pengunjung dapat menikmati pemandangan gunung ganang sambil berjalan jalan di pasar kraftangan dan merasa masakan tempatan.

10 Senibina Islam Yang Indah Patut Anda Kunjungi!

10 Senibina Islam Yang Indah Patut Anda Kunjungi!

8. Istana Montaza, Alexandria

Dibina pada tahun 1932, kawasan ini berkhidmat sebagai istana musim panas untuk Raja Fuad I. Terletak di pantai Laut Mediterranean, seni bina istana menggabungkan gaya Turki dan Florence. Hari ini istana dan taman-taman diraja yang luas ini adalah terbuka untuk orang ramai kunjungi.

10 Senibina Islam Yang Indah Patut Anda Kunjungi!

10 Senibina Islam Yang Indah Patut Anda Kunjungi!

7. Burj Al Arab, Dubai

Inspirasi senibina hotel 7 bintang ini dikatakan diambil daripada bentuk kapal layar yang banyak terdapat dipersekitarannya. Dengan ketinggian 321 meter, hotel ini dikatakan hotel paling eksklusif dan mewah di atas muka bumi.

IKLAN

10 Senibina Islam Yang Indah Patut Anda Kunjungi!

10 Senibina Islam Yang Indah Patut Anda Kunjungi!

10 Senibina Islam Yang Indah Patut Anda Kunjungi!

6. Masjid Jameh Isfahan, Isfahan, Iran

Percaya kah anda, masjid menakjubkan ini adalah hasil daripada pembinaan yang berterusan, bermula dari abad ke 7 hingga abad ke 20! Walau bagaimanapun, ia dianggap sebagai pusat keagamaan tertua di negara ini. Ia juga dikatakan sebagai karya seni bina Parsi yang agung.

10 Senibina Islam Yang Indah Patut Anda Kunjungi!

10 Senibina Islam Yang Indah Patut Anda Kunjungi!

5. Masjid Hassan II, Casablanca, Morocco

Masjid ini telah memecahkan beberapa rekod: ia adalah masjid terbesar di Afrika dan dengan keluasan 210 m (689 kaki persegi) dan ia mempunyai mineret tertinggi di dunia. Siap pada tahun 1993, masjid marmar ini berada dikawasan pantai Lautan Atlantik yang dapat dilihat melalui lantai kaca dibahagian dewan masjid.

IKLAN

10 Senibina Islam Yang Indah Patut Anda Kunjungi!

10 Senibina Islam Yang Indah Patut Anda Kunjungi!

10 Senibina Islam Yang Indah Patut Anda Kunjungi!

4. Alhambra, Andalusia, Sepanyol

Binaan yang pada asalnya merupakan masjid, mahkamah, istana dan kompleks kubu kerajaan Moor di Granada kini telah menjadi simbol keindahan senibina Islam. Kecantikan Alhambra diterjemahkan melalui perincian arabesk serta warna merah menyala seperti maksud nama Alhambra itu sendiri (yang merah).

10 Senibina Islam Yang Indah Patut Anda Kunjungi!

10 Senibina Islam Yang Indah Patut Anda Kunjungi!

3. Masjid Nasir Al Mulk, Shiraz, Iran

IKLAN

Masjid tradisional yang juga dikenali sebagai  ‘Pink Mosque’ ini siap dibina pada tahun 1888 oleh Mirza Hasan Ali Nasir al Molk. Keistimewaan masjid ini terletak pada cermin tingkap yang dihiasi dengan kaca berwarna warni. Ruang tersebut kelihatan terlalu cantik lebih lebih lagi apabila cahaya matahari menembusi tingkap lalu memaparkan warna dan corak menakjubkan.

10 Senibina Islam Yang Indah Patut Anda Kunjungi!

10 Senibina Islam Yang Indah Patut Anda Kunjungi!

2. Masjid Selimeye, Edirne, Turki

Dulunya masjid ini merupakan sebuah gereja bagi penganut agama Katholik Roma tetapi seletah kerajaan bertukar pemerintahan di era Turki Uthmaniyyah, ia diubah menjadi masjid utama. Dianggap sebagai salah satu contoh terbaik seni bina Islam dengan reka bentuk yang jelas, unsur-unsur dan gaya elegan telah mendapat pujian sehingga hari ini.

10 Senibina Islam Yang Indah Patut Anda Kunjungi!

10 Senibina Islam Yang Indah Patut Anda Kunjungi!

1.Masjid Agung Sheikh Zayed, Abu Dhabi

Dilhamkan oleh presiden UAE ketika itu, masjid ini menggabungkan nilai-nilai tradisional dan moden pada keseluruhan senibina dan reka bentuknya.  Masjid yang dapat menampung sehingga 40 ribu orang jemaah ini juga dilihat sebagai simbol penyatuan umat kerana bahan pembinaannya telah dibawa dari pelbagai pelusuk dunia.

10 Senibina Islam Yang Indah Patut Anda Kunjungi!

10 Senibina Islam Yang Indah Patut Anda Kunjungi!

 

LIHAT JUGA : SENIBINA ISTANA TERENGGANU, SENIBINA GAZEBO TIANG ELEKTRIK

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI