Sedar atau tidak, saiz atau keluasan memainkan peranan yang penting dalam pemilihan konsep dan susun atur sesebuah kediaman. Jika ruang yang sedia ada terhad, mungkin tidak banyak yang boleh dilakukan. Jadi pemilik perlu lebih kreatif dalam proses menghias agar kediaman masih selesa didiami.
Salah satu aksesori yang praktikal untuk kediaman ‘comel’ anda adalah pembahagi kawasan. Tanpa menggunakan banyak ruang, alat ini mampu menjadikan layout kediaman lebih teratur dan tersusun selain dapat memberikan privasi antara ruang.
IKLAN
Disini IMPIANA senaraikan 10 inspirasi pembahagi ruang yang praktikal dan jimat untuk kediaman anda semua. Selamat menghias!
IKLAN
IKLAN
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Apam balik makanan tradisi yang sentiasa mempunyai permintaan yang tinggi tidak kira bangsa. Kebiasaanya, nak makan apam balik yang sedap kita akan beli dipasar malam atau gerai-gerai ditepi jalan. Tapi tempoh PKP 3.0 ni memang tak boleh keluar rumah sesuka hati semata-mata nak beli apam balik.
Apa kata, kita buat je sendiri Macam youtuber memasak yang dikenali sebagai Che Nom ni tunjuk. Bahannya tak banyak pun untuk buat lapisan tepung. Kalau tak ada kacang tanah dan jagung manis tu, apa kata kita ubah dnegan nutella ke, cheese atau pelbagai lagi ikut selera anda seisi keluarga. Jom kita lihat video yang disediakan oleh Che Nom ni
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ada di kalangan anda yang menggunakan periuk ‘non-stick’ atau anti lekat di rumah? Bagi yang ada, sudah pasti anda berasa khuatir periuk kesayangan anda tercalar ketika dicuci selepas ia digunakan. Betul tak?
Seperti umum mengetahui, periuk dan kuali ‘non-stick’ sememangnya memudahkan dan menjimatkan masa kerja memasak di dapur. Tetatpi tahukah anda, periuk yang mempunyai fungsi kelebihan anti lekat ini memerlukan penjagaan rapi?
Untuk pengetahuan anda, untuk mencuci periuk dan kuali ‘non-stick’ ini tidak boleh menggunakan berus pencuci sembarangan. Ini kerana, ia akan membuatkan permukaan periuk dan kuali mudah tercalar.
Maka oleh itu, anda disarankan untuk mencuci periuk dan kuali ‘non-stick’ anda dengan menggunakan span pencuci khas jenama Scotch Brite Scrub Dots ini.
Bukan sahaja memudahkan kerja mencuci anda, malah dengan penggunaan span pencuci khas ini akan melindungi permukaan periuk dan kuali ‘non-stick’ daripada sebarang kesan calar.
Selain itu, penggunaan span pencuci khas keluaran jenama Scotch Brite ini berkesan dan mampu membasmi kuman serta membersihkan kekotoran degil pada periuk anti lekat anda dengan sangat mudah.
Sekiranya anda mahu mendapatkan span pencuci khas ini, anda boleh membelinya dengan membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee. Klik di sini.
Sumber: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Feature wall menggunakan konsep wainscoting memang tidak asing. Tapi, corak Honey comb atau sarang lebah memang tengah in dan trendy. Tak kiralah menggunakan wallpaper, cat mahupun jubin, corak ini kelihatan lebih moden jika dipadankan dengan rona-rona yang berani seperti yang dilakukan oleh Myra Zulkuifly.
Our inspiration which is from one of the restaurant in Milan macam gambar dibawah
teknik ini memerlukan lebih banyak kayu berbanding teknik wainscoting European style yang selalu orang buat. Total kayu 1 kaki yang digunakan adalah 127 batang. Ambil masa 5 hari untuk siapkan sebab nak potong kayu yang banyak dan sudutnya perlu tepat. Untuk kemasan cat, saya menggunakan Nippon Paint Code Red Martini. Kos keseluruhan adalah RM 350.
Untuk cara-cara buat dinding honeycomb ni, boleh liat video TikTok yang disediakan
Sebelum merancang untuk membeli RUMAH PERTAMA, sebaiknya mempertimbangkan beberapa perkara ini dahulu supaya tidak menyesal di kemudian hari. Pembelian rumah yang betul mampu menjadi aset, sebaliknya jika tersalah beli boleh menjadi liabiti kepada pemilik.