Ficus lyrata atau nama gelemor nya fiddle leaf fig sentiasa menjadi buran peminat atau pemilik kediaman yang berkonsepkan scandinavian atau pun moden. Namun, ramai antara pemilik yang mengeluh apabila pokok ni mati.

Sebenarnya fiddle leaf fig nia adalah spesies tanaman hutan yang paling mudah dipelihara dan tidak memerlukan penjagaan yang terlalu rumit. Apa yang menjadi kepentingan kepada habitat fiddle leaf fig ini adalah seperti berikut:

1. Pencahayaan
Kebiasaanya, Fiddle leaf fig dijadikan sebagai tanaman indoor. Walaupun ia tanaman indoor, tak bermakna ia seperti puteri lilin. Seperti yang telah dikatakan terdahulu, ia merupakan spesies tanaman hutan. Jadi, macam mana sekali pun pencahayaan terus diperlukan.

Jika di dalam rumah, anda perlu letakkan pokok fiddle leaf fig ini berhampiran dengan tingkap yang mempunyai cahaya matahari terus terutamanya waktu pagi. Jadi pastikan setiap hari anda perlu buka langsir pada sliding atau tingkap tu.

Wanita Ini Tunjuk Cara Nak Biak Fiddle Leaf Fig Dan Cara Penjagaan nya

Wanita Ini Tunjuk Cara Nak Biak Fiddle Leaf Fig Dan Cara Penjagaan nya

2. Penyiraman
Fiddle leaf fig merupakan tanaman yang tidak memerlukan air yang banyak. Jadi, jangan lah siram pokok nya setiap Hari. Lakukan siraman 2 kali seminggu pun sudah memadai atau jika perlu sahaja. Sebelum siram tu, rasa tekstur medium tanaman dalam pasu fiddle leaf fig tu. kalau masih rasa lembap, tak perlu disiram

3. Baja
Fiddle leaf fig tak memerlukan pembajaan yang kerap sebab tujuan kita tanaman pun bukan untuk hasil buah atau bunga. Baja 2 minggu sekali pon dah memadai. Apa kata, anda guna je air basuhan beras. Tak perlu beli baja

IKLAN

4. Gembur
Pastikan medium tanaman sentiasa digembur. Paling tidak pun 2 minggu sekali. Sebelum baja, gemburkan dulu. ia bertujuan memperbaiki sistem pengudaraan dan saliran yang terdapat di dalam tanah

5. Bersihkan daun
Memandangkan fiddle leaf fig ni menjadi indoor plant dan tidak pernah menerima siraman sepenuhnya dari hujung hingga pangkal pokok, anda perlu lap untuk hilangkan habuk yang melekat pada permukaan daun. Jika habuk dibiarkan meliputi permukaan daun, ia akan mengganggu proses fotosintesis dan mengakibatkan masalah kepada tanaman

Untuk membersihkan permukaan daun fiddle leaf fig ni, anda hanya perlu ambik kain bersih yang telah dilembapkan dan lap perlahan-lahan pada permukaan daun. Mana daun yang sudah kelihatan kuning tu, buangkan sahaja

Fokok fiddle leaf fig ni juga mudah dibiakkan melalui keratan batang. Nak tahu macam mana? tengok perkongsian Norhasidah Rozzaini:

1. Pastikan pokok atau dahan yang hendak diambil keratan batang sihat dan sebaiknya telah bercabang

IKLAN

Wanita Ini Tunjuk Cara Nak Biak Fiddle Leaf Fig Dan Cara Penjagaan nya

2. Potong serong dahan atau ranting yang telah dipilih dengan ukuran 10 hingga 15 inic dari pucuk. Pastikan perkakas memotong yang digunakan tajam untuk elak dahan cedera dan mengundang ancaman penyakit

Wanita Ini Tunjuk Cara Nak Biak Fiddle Leaf Fig Dan Cara Penjagaan nya

3. Buang semua daun dan hanya tinggalkan 2-3 helai sahaja di bahagian atas

Wanita Ini Tunjuk Cara Nak Biak Fiddle Leaf Fig Dan Cara Penjagaan nya

IKLAN

4. Sediakan medium tanaman yang telah dicampur bersama baja dan penggalak tanaman

Wanita Ini Tunjuk Cara Nak Biak Fiddle Leaf Fig Dan Cara Penjagaan nya

5. Cucuk dahan yang telah di potong tadi dalam dalam medium tanaman yang telah disediakan

Wanita Ini Tunjuk Cara Nak Biak Fiddle Leaf Fig Dan Cara Penjagaan nya

6. Dah siap dan siram sepenuhnya medium tanaman. Letak di bawah teduhan yang kena sedikit cahaya matahari.

Wanita Ini Tunjuk Cara Nak Biak Fiddle Leaf Fig Dan Cara Penjagaan nya

7.Kerap lakukan pemeriksaan untuk tengok sama ada pucuk baru terhasil mahupun tidak. Kalau tumbuh pucuk baru, ini bermakna tanaman berjaya dibiakkan

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI