Kini, seiring inovasi terbaharu kerja-kerja mengecat menjadi lebih mudah dengan alternatif roller cat pintar berbanding berus cat konvensional yang sedia ada di pasaran. Ia memberikan sapuan kemas dan sekata pada dinding, cecair cat tidak menitis pada lantai malahan menjadikan ruang kerja mengecat tidak lagi comot. Jom kita cuba!Wah, Mudahnya Cat Dinding Guna Roller Ajaib! 

Anda perlukan:-

Set roller cat pintar

Cat jenis water based (mengikut warna pilihan)

Pita pelekat

Kayu kecil

Berus cat kecil

 

Langkah-langkah:-

1.Tampal pita pelekat pada dinding mengikut corak geometri yang dipilih.

2.Kacau rata adunan cat dengan kayu kecil untuk memperoleh sapuan yang sekata.

IKLAN

3.Tuangkan cat ke dalam bekas kecil.

4.Buka penutup atas bekas roller cat pintar.

5.Tuangkan cat ke dalam bekas tersebut dan tutup rapat penutupnya. Tuang separuh penuh.

IKLAN

6.Pasangkan rod aluminium pada roller cat pintar mengikut kesesuaian dan ketinggian dinding.

7.Mulakan sesi sapuan cat untuk lapisan pertama dan biarkan ia kering seketika.

IKLAN

8.Kemudian, teruskan dengan sapuan cat untuk lapisan kedua bagi menghasilkan kemasan sempurna

9. Setelah cat benar-benar kering, tanggalkan pita pelekat dengan perlahan-lahan.

Wah, Mudahnya Cat Dinding Guna Roller Ajaib!Wah, Mudahnya Cat Dinding Guna Roller Ajaib!

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI