Zaman sekarang ramai peminat deko suka buat idea hack perabut kan. Al Maklumlah, dalam dunia serba mencabar ini, pemikiran kreatif diperlukan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Tambahan pula idea-idea kreatif ini lebih dipandang orang sebab walaupun tanpa memerlukan modal dan kemahiran yang tinggi, sesuatu yang dihasilkan tetap nampak menarik.

Seperti yang dikongsikan oleh Bargain Family di dalam akaun youtube nya, Sebuah rak cantik dan menarik boleh dibina dari bakul barang yang murah sahaja. Sebagai pilihan, kalau anda nak buat saiz yang lebih besar, boleh pergi ke kedai-kedai plastik atau kedai pemborong plastik untuk dapatkan bakul yang bersaiz lagi besar dari yang ditunjukkan di dalam video ini

Bahan-bahan: 

9 biji bakul

cable ties warna putih secekupnya

cat semburan enamel

Beberapa keping travertine tiruan. (sebagai pilihan, boleh guna card board yang dibalut dengan wallpaper yang mempunyai texture dan corak seperti marble)

Cara-cara:

1. Sambung  3 biji bakul dan ikatkan dengan cable ties. Lakukan untuk 9 biji bakul. Ini bermakna anda akan dapat 3 set atau 3 tingkat rak.

2. Semburkan dengan cat enamel dan jangan lupa di bahagian sisi atas dan bawah juga perlu disembur. Bahagian belakang bakul tak perlu sebab nanti tak nampak.

3. Apabila cat dah kering sepenuhnya, cantumkan kesemua set dengan cable ties.

4. Gunting lebihan cable ties untuk lebih kemas.

6. Potong travertine atau cardboard yang telah dilekatkan dengan wallpaper tadi mengikut saiz keperluan untuk dijadikan sebagai kemasan dinding sisi, bahagian alas, bahagian atas dan dalam rak.

7. Lekatkan travertine tadi dengan menggunakan hot glue 

DAH SIAP 

Sumber:  Bargain Family

Komen anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: