Terdapat hadith yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.”

Malaikat yang dikatakan itu adalah malaikat rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula adalah gambar makhluk yang bernyawa. Larangan yang terdapat dalam hadith ini ialah bukan semata-mata gambar makhluk bernyawa tetapi yang dilarang ialah gambar yang di gantung pada dinding seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga.

Namun pun begitu, gambar-gambar makhluk bernyawa seperti gambar manusia dan haiwan yang tidak digantung pada dinding didalam rumah seperti gambar yang disimpan didalam album atau didalam komputer tidaklah menjadi kesalahan. Gambar-gambar yang tak bernyawa pula seperti pemandangan, kereta dan sebagainya tidaklah haram dijadikan perhiasan pada dinding-dinding rumah.

IKLAN

Melalui perkongsian Said Saiful Fazli di laman FB, Kehadirannya ke rumah salah seorang makcik yang rapat dengannya membuatkan ia tertanya-tanya kenapa dinding yang dulunya penuh dengan gambar keluarga termasuk gambar konvo anak-anak makcik tersebut kosong. Dan ini jawapan mak cik tersebut

IKLAN

(VIDEO) Hukum Gantung Gambar Keluarga Di Dinding, Dengar Nasihat Ustaz Azhar Idrus Ini

IKLAN

Said tanya “kenapa turunkan gambar?” Dia jawab “Ustaz cakap malaikat tak masuk nanti” Said jawab “ooooo….” je dengan muka percaya tak percaya.

Last year, lepas rumah siap renovation , memang siap habis ribu-ribu untuk beli frame untuk gantung seluruh rumah. Tapi hari ni sentak sikit bila dengar Ustaz Azhar Idrus dalam video ceramahnya dan beberapa artikel ttg Malaikat Rahmat tak masuk rumah.

Menyesal plak rasa. Selepas gantung di dinding, sebenarnya tak rasa apa pun. Memang betul. Tak beri semangat or motivasi pun dan sebenarnya tak tengok pun.

Anda nak tahu? Ada pasangan suami isteri ni buat keputusan untuk turunkan gambar. Dulu hampir setiap hari gaduh tentang perkara simple je. Mereka ingat ada orang buat jahat pd mereka. 1 hari mereka panggil ustaz periksa rumah. Ustaz tu masuk je rumah cakap “takde orang buat pun, cuma turunkan gambar hidup dalam rumah ni, InsyaAllah Malaikat masuk” Selepas tu, mereka perasan mereka kurang gaduh dan hati rasa sangat tenang. Alhamdulillah.

https://youtu.be/BafPHkNKmkY

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI