Dilema dapur kecil yang menyesakkan dan merimaskan . Apa tindakan anda?
Bermain dengan warna-warna comel seperti pastel. Imbasan umpama main masak-masak.
Pencahayaan yang cukup dan menarik. Boleh menambah lampu struktur pada bawah bahagian kabinet atas.
Kurangkan permukaan berkilau bagi mengelakkan kemalangan.Terlanggar 1 semua terjatuh.
\
Kekalkan prinsip susunan ala segi tiga keramat – dapur, sinki dan dapur.
Elakkan memilih warna dapur yang membosankan seperti perang koko kayu atau seperti kabinet lama.
Tidak salah memilih warna-warna terang dan comel bagi memberi keceriaan suasana ketika memasak .
Pasang ekzos fan bagi mengelakkan bau masakan yang kurang enak!
Tidak salah memilih spatula berwarna – warni. Paling tidak memberi motivasi kepada anak dara sunti anda turun ke dapur.
Solek macam dapur kering, guna macam dapur basah. Maksudnya carilah material seperti jubin ada ilusi papan jalur atau parquet. Material kaunter glamour dan tahan lasak. Lagi pun ruangnya kecil, inilah masa kita gunakan ruang dan wang dengan berbaloi.
Pilih material mudah lap dan tahan dalam serta pastikan barang yang selalu dipakai, ditempatkan saling berdekatan.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Mitos tentang Pemanas Air Solar di Rumah!
Memandangkan tenaga lestari semakin menjadi tarikan di Malaysia, ramai rakyat tempatan kini menukar ke penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui secara separa atau keseluruhan di rumah mereka. Salah satu tenaga lestari yang paling popular yang telah mula diterima oleh rakyat Malaysia ialah tenaga solar, yang merupakan tenaga boleh diperbaharui yang paling mudah diakses berkat cuaca tropika negara kita.
Aplikasi tenaga solar yang paling biasa digunakan di kediaman ialah pemanas air solar sebagai sumber tenaga alternatif untuk sistem pemanasan air di rumah. Di samping peningkatan aksesibilitinya, pemanas air solar mendatangkan banyak kelebihan kepada pemilik rumah seperti pengurangan bil elektrik dan manfaat mesra alam dalam jangka masa panjang sambil mengekalkan kecekapan yang sama seperti pemanas air tradisional. Penggunaan pemanas air solar adalah pilihan terbaik bagi yang berminat untuk memulakan penggunaan tenaga mampan sebelum melabur wang yang besar untuk penggunaan tenaga lestari secara meluas di rumah mereka.
“Walaupun terdapat peningkatan keperluan untuk pemanas air solar sebagai sumber tenaga alternatif, kami mendapati masih ramai yang meragui untuk memasangnya di rumah akibat tanggapan yang salah terhadap penggunaannya. Sedangkan dengan kemajuan teknologi moden, pemilik rumah boleh memilih daripada pelbagai pilihan mengikut keperluan dan keadaan rumah untuk menikmati manfaat penggunaan sistem ini dengan sepenuhnya,” menurut Encik Mok Gim Kaw, Penasihat Kanan Produk SolarMate, pengeluar terma solar pertama yang diperakui di Malaysia yang bekerjasama dengan Waterco Malaysia untuk menyediakan penyelesaian penapisan dan pemanasan air yang komprehensif kepada pelanggan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan dan pertanyaan mengenai pemasangan dan penggunaan pemanas air solar, berikut adalah beberapa penjelasan yang menghapuskan mitos tentang sistem ini!
Mitos #1 Pemanas air solar hanya berfungsi pada hari yang cerah
Pertama sekali, mari kita fahami bagaimana pemanas air solar berfungsi. Pemanas air solar menggunakan tenaga sinaran matahari untuk memanaskan air sejuk dan memindahkan air yang dipanaskan ke dalam tangki simpanan yang sedia untuk digunakan. Selepas pemeriksaan keadaan bumbung rumah anda dan penentuan saiz tangki air, peranti pemanasan yang mempunyai panel solar di permukaannya akan dipasang di atas bumbung anda.
Memandangkan sistem ini menggunakan sinaran solar untuk memanaskan air, ia masih boleh berfungsi pada hari mendung kerana keadaan cuaca tidak akan menghalang sinaran matahari. Walaupun output maksimum pemanas air solar mungkin berkurangan waktu cuaca mendung, sesetengah pemanas air solar dipasangkan dengan sistem pemanasan sokongan untuk menghasilkan air yang telah dipanaskan ke suhu yang diperlukan. Ia juga boleh dipasangkan dengan sistem sokongan elektrik untuk meningkatkan operasi apabila diperlukan untuk memastikan bekalan air panas berterusan waktu cuaca yang tidak diingini.
Mitos #2 Lebih besar, lebih baik
Tidak sama sekali! Pemanas air solar dipilih dan dipasang berdasarkan beberapa pertimbangan untuk memaksimumkan kecekapan kos. Beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum memasang pemanas air solar di rumah ialah bilangan penghuni rumah, kapasiti penyimpanan air panas, struktur bumbung dan banyak lagi faktor lain demi pemilihan produk yang paling sesuai dengan keperluan anda. Berdasarkan bilangan ahli keluarga, anda boleh memilih pemanas air solar dengan kapasiti tangki kecil atau besar yang mampu membekalkan jumlah air panas yang mencukupi untuk penggunaan semua. Anda tidak perlu mengeluarkan duit untuk pemasangan dan penyelenggaran yang lebih daripada apa yang diperlukan. Jadi ingat untuk berbelanja untuk apa yang diperlukan sahaja!
Mitos #3 Pemanas air solar memerlukan penyelenggaraan yang banyak
Kos penyelenggaraan yang tinggi adalah salah satu kebimbangan utama pemilik rumah apabila mereka mempertimbangkan pemasangan pemanas air solar. Sebenarnya, sistem ini hanya memerlukan penyelenggaraan yang minimum jika ia dipasang dengan betul dan diservis secara berkala oleh pembekal yang boleh dipercayai. Adalah dinasihatkan untuk menjadualkan servis dan pemeriksaan produk setiap 4 hingga 5 tahun untuk memastikan pemanas air solar anda berada dalam kefungsian optimum.
Pemanas air solar direka untuk bertahan dan biasanya ia boleh bertahan selama 15 hingga 20 tahun. Walaupun ia memerlukan penyelenggaraan yang minimum dalam jangka hayat penggunaan, ia masih boleh mencapai kefungsian maksimum dan mengurangkan kos elektrik dalam jangka masa panjang jika ia diselenggara dengan betul.
Mitos #4 Pemanas air solar hanya dapat menjimatkan bil elektrik dengan sedikit
Anda boleh menjimatkan sekurang-kurangnya 20 hingga 30 peratus daripada bil elektrik bulanan anda dengan menukar pemanas air elektrik tradisional anda kepada pemanas air solar! Walaupun pemasangan pemanas air solar lebih mahal daripada pemanas tradisional, ia menggunakan cahaya matahari yang percuma untuk berfungsi dan anda dapat menikmati pengurangan kos elektrik dalam jangka masa panjang.
“Pemanas air solar pasti boleh membantu mengurangkan penggunaan tenaga di rumah anda. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang akan menentukan kadar penjimatan elektrik selepas peralihan kepada sistem pemanas air solar. Jumlah air panas yang digunakan dan prestasi sistem adalah antara faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum pemasangan. Oleh itu, sila rujuk pembekal yang boleh dipercayai untuk memilih pemanas air solar yang bersesuaian dengan keperluan anda dan pastikan penyelenggaraan dijalankan untuk mengekalkan kecekapan sepanjang penggunaan,” jelas Encik Mok.
Anda lebih yakin untuk memasang pemanas air solar untuk rumah anda? Pastikan anda menghubungi pembekal profesional untuk memahami lebih lanjut tentang sistem ini sebelum memasangnya!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kucing Liar Berak Merata, Ini Cara Mudah Untuk Halang Ia Daripada Memasuki Ke Kawasan Rumah
Ada tak di kalangan anda yang sedang menghadapi masalah untuk menghalau kucing liar atau jiran yang gemar memasuki ke kawasan kediaman anda? Bahkan bukan itu sahaja, binatang tersebut turut membuat onar seperti berak dan kencing merata-rata di sekitar kawasan rumah.
Jadi, sudah pasti perkara tersebut akan mendatangkan masalah kepada anda. Tetapi, bagaimana caranya untuk mengatasi masalah tersebut? Jangan anda berasa bimbang, kerana ada cara yang mudah boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah tersebut.
Apa yang cuma perlu anda lakukan adalah menggunakan satu alat yang telah direka berkesan untuk menghalau kucing liar daripada memasuki ke kawasan kediamanan anda.
Untuk maklumat anda, alat ini mempunyai permukaan duri tajam yang diperbuat daripada plastik berupaya untuk menghalang kucing liar daripada memasuki ke kawasan kediaman anda.
Anda disarankan untuk memasang alat tersebut di sekeliling kawasan luar kediaman anda seperti di pagar dan pintu masuk rumah.
Selain itu, alat ini juga sangat mudah untuk dipasang dan dikendalikan. Jika anda mahu memiliki alat ini, anda boleh sahaja boleh mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
Sumber: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Salah Satu Ikhtiar Untuk Menghalau Jin & Iblis, Ini Antara 4 Jenis Pokok Yang Elok Ditanam Kawasan Rumah
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
(Video) Cara Mudah Maintain Kabinet Putih Sentiasa Putih Berseri
Memiliki dapur putih sememangnya menjadi idaman ramai orang kerana ia nampak luas, putih dan bersih. Tetapi masalah paling utama ialah ia cepat kotor dan ada kalanya cepat melekat kesan kotoran hitam yang lama kelamaan akan membuatkan kabinet dapur kelihatan berdaki dan kusam. Teknik yang diajarkan oleh wanita ini mampu mengekalkan kabinet dapur anda kelihatan bersih dan cantik sepanjang masa.
Tekniknya ialah lakukan pembersihan dan perlindungan pada permukaan kayu putih tersebut dengan menggunakan larutan cuka dan air dan lapkan permukaan kabinet tersebut. Kemudian sudahi dengan menyapu olive oil sebagai protection daripada kesan kotoran. Lakukanj setiap 6 bulan dan hasilnya kabinet putih anda tahan lama dan kelihatan putih berkilat seperti baru.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI