Penghargaan: Taman Addarosa Puncak Alam

Satu fenomena baru serta pengalaman yang sangat menarik buat peminat-peminat ros di Malaysia, apabila menanam ros bukanlah sesukar dulu. Kini peminat ros di Malaysia boleh menanam English Rose baka luar negara sekiranya kena dengan cara, kaedah dan juga penggunaan media yang tepat, bagi menggalakkan pertumbuhan pokok yang sihat dan subur. Ikuti cara serta tip mudah menanam ros terutamanya English Rose atau ros dari baka-baka luar negara mengikut gaya dan kaedah Taman Rose Addarosa Puncak Alam. Pokok akan hidup subur, berbunga lebat, saiz bunga yang lebih besar seakan berada di cuaca tempat asalnya.

CARA MUDAH MENANAM ROS GAYA TAMAN ADDAROSA PUNCAK ALAM.


 Sediakan keperluan asas yang mencukupi seperti :
•    Pati nutrien ibu medium
•    Tanah khas untuk ros atau alternatif lain tanah 6 dalam 1 (6 in 1)
•    Vitamin booster untuk pokok dan bunga
•    Baja khas ros
•    Pasu
•    Gunting
•    Botol sprayer

Langkah 1 :
Langkah pertama buangkan medium asal dari polibeg. Merujuk kepada gambar ialah contoh pembekal menggunakan sekam padi sebagai medium asas. Buang medium lama tersebut sehingga nampak urat akar atau lebih atau ikuti seperti contoh di dalam gambar.

 



Merujuk kepada kondisi akar pada pokok ini, pokok ini dikatakan sangat sihat kerana berakar putih. Sekiranya terdapat medium lama yang telah keras, ketuk secara perlahan dan pastikan ia terlerai.




Setelah medium lama dibuang, kemudiannya spray akar tersebut dengan bancuhan racun kawalan serangga dan kulat supaya akar akan bertambah sihat.


Langkah 2:
Kemudian langkah seterusnya adalah penyediaan medium untuk proses menanam ros. Sediakan bahan utama iaitu tanah khas ros dan juga pati nutrien ibu medium sebagai bahan asas untuk penyediaan medium ros anda. Nisbah yang digunakan adalah 1 peket pati nutrien digaul bersama  2 kg tanah khas ros atau tanah 6 in 1. Gaulkan rata sehingga sebati.


Langkah 3 :
Seterusnya sediakan pasu yang sesuai. Pada peringkat awal pemasuan tidak perlulah pasu yang terlalu besar. Kaedah ini supaya pokok akan mendapat nutrien yang secukupnya dan mempercepatkan proses tumbesaran pokok selain mengurangkan masalah kanker. Pastikan lubang tidak ditutup bagi melancarkan pengaliran air yang baik. Kemudian letakkan satu lapisan adunan medium di dalam pasu.



Langkah 4 :
Masukkan pokok yang telah dibuang 85-90% medium lama. Selerakkan akar secara mengembang supaya akar bebas dan mudah menerima serta mencari makanan atau nutrien.



Langkah 5:
Langkah seterusnya, tambahkan satu lapisan adunan medium pada permukaan akar pokok. Kemudian tekan keliling pasu tersebut, supaya medium terus dapat mencengkam akar dengan baik dan kemas. Kemudian tambahkan atau habiskan adunan medium tadi.
 

Langkah 6 :
Gunakan buluh sebagai penyokong pokok supaya pokok tidak goyang dan terus stabil. Sedikit informasi dalam proses ini iaitu apabila pokok yang tidak stabil kedudukannya akan melambatkan proses penstabilan, kerana menyebabkan pokok bergerak-gerak dan menyebabkan akar turut terganggu kerana tidak memegang tanah dengan kemas. Ini baru dikatakan akar goyang. Kesannya, pokok akan layu dalam tempoh yang lama selepas dilakukan proses pemasuan dan sekiranya berterusan ada kemungkinan akan terus mengering.

Langkah 7 :
Seterusnya, lakukan sedikit cantasan di mana buang daun-daun yang tidak sihat, daun atau pucuk kering, putik baru yang tidak stabil serta blind shoot supaya mempercepatkan proses pengeluaran tunas baru.



Langkah 8:
Kemudian tanamkan segenggam baja Addarosa di sekeliling pokok bagi mempercepatkan proses tumbesaran pokok. Caranya korek sedikit permukaan tanah kemudiannya kambus semula. Setelah selesai, siram pokok sehingga lencun dan pastikan air membasahi keseluruhan pokok dan tanah. Selepas 5 minit disiram, sembur bancuhan kawalan perosak.


 Langkah 9:
Akhir sekali, pokok yang telah siap di pasukan tadi diletakkan di bawah bumbung atau di tempat teduh selama 3-7 hari sehingga pokok nampak segar semula.

 Langkah 10:
Langkah terakhir, petang keesokannya buat semburan Vitamin Booster pada keseluruhan pokok termasuk daun dan dahan bagi mempercepatkan serta menggalakkan proses tunas baru. Untuk langkah penjagaan seterusnya, pastikan pokok anda dibaja, diberi vitamin booster dan formula kawalan tiga serangkai 3A Addarosa untuk pokok yang lebih sihat, subur, galak berbunga dan merimbun