Kesan kotoran pada oven kadangkala boleh menimbulkan rasa tidak senang buat kaum wanita yang banyak menghabiskan masa di dapur. Lebih teruk lagi, jika oven tersebut mula mengeluarkan bau-bauan yang tidak enak. Hal ini dapat diselesaikan dengan memastikan agar oven anda sentiasa dibersihkan. Jika rajin memasak, mestilah kena rajin mencuci juga bukan? Di sini kami kongsikan tentang tip mudah membersihkan oven sehingga berkilat. Moga-moga dapat memberi manfaat buat anda sekeluarga.

 

Bahan diperlukan:

  •  Air
  •  Botol Spray
  •  Baking Soda
  •  Kain Buruk
  •  Cuka
  •  Mangkuk kecik

 

Caranya:

1. Pertama, campurkan dua sudu teh baking soda dengan air ke dalam mangkuk. Tujuannya adalah untuk menjadikan campuran itu kepada pes supaya mudah disapukan pada permukaan kotor.

2. Kemudian, sapukan pes tadi pada permukaan kotor dalam oven dan baking soda itu akan bertukar jadi warna perang.

3. Biarkan selama 12 jam.

4. Cukup 12 jam, ambil kain untuk mengelap taburan pes tersebut.

6. Selepas itu, letakkan cuka dalam botol spray dan sembur permukaan yang masih mempunyai saki baki baking soda.

7. Kemudian, lap sekali lagi dengan menggunakan kain.

8. Letakkan kain tersebut di dalam oven.

9. Akhir sekali, hidupkan oven dengan suhu rendah lebih kurang 10-15 minit dan biarkan ia kering.

 

Permukaan kaca (pintu) oven:

1. Ulang langkah 1 tadi.

2. Sapu pes tersebut pada kaca pintu oven.

3. Selepas itu, biarkan selama 30 minit.

4. Guna kain untuk mengelap.          

 

Anda boleh lihat hasilnya selepas mengikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini.

Selamat mencuba.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.602176.1482473699!/image/image.jpg

 

Sumber: FB Ilham Dekorasi