Mata merupakan satu anugerah yang amat besar bagi setiap insan. Maka, ia seharusnya dijaga dengan baik agar sentiasa kelihatan cantik dan bersinar setiap waktu. Namun begitu, terdapat satu masalah mata yang sering berlaku dikalangan mereka yang kurang peka terhadap penjagaan mata, iaitu lingkaran gelap di bawah mata atau lebih dikenali sebagai ‘eye bag’.

 

Kadang kala masalah ‘eye bag’ boleh membuatkan seseorang itu rendah diri untuk berhadapan dengan masyarakat sekeliling. Disebabkan itu, kebanyakan mereka yang mengalami masalah ini, lebih selesa menyorokkan masalah mata mereka dengan memakai cermin mata hitam. Tetapi, sampai bila untuk berterusan begitu, tanpa ada inisiatif untuk menghilangkannya.

 

1. Air Kosong

Minum air kosong sejam atau dua jam sebelum tidur. Ini adalah kerana, air kosong yang diminum sebelum tidur, akan tersimpan di bawah mata sebelum ia disingkirkan menjadi urin. Jadi apabila anda kerap membuang urin, ia akan mengurangkan penyimpanan air di bawah mata, dengan itu ia boleh mengelakkan berlakunya ‘eye bag’.

 

2. Timun / Uncang Teh 

Rawatan meletakkan timun atau uncang teh di mata juga, dapat menghilangkan pembentukan ‘eye bag’. Cara ini lebih jimat dan anda boleh mengamalkannya dua kali seminggu.

 

 3. Tidur

Pastikan waktu tidur anda cukup. Ini adalah bagi membolehkan mata anda mendapat waktu rehat yang secukupnya.

 

4. Eye Roller 

Eye roller merupakan satu inisiatif terbaik dan mudah bagi anda yang selalu sebuk dengan tugasan seharian. Cuma perlu gunakannya di waktu pagi sebelum bersiap untuk keluar dan sebelum anda tidur.

 

5. Pemakanan 

Kurangkan memakan makanan pedas dan berempah. Ini adalah salah satu punca bagi mengundang ‘eye bag’.