Air mawar memang sudah sinonim pengunaanya secara tradisional masyarakat melayu. Boleh buat penyegar muka, campuran dalam pelembap atau bedak muka dan pelbagai lagi. Ini kerana kandungan gizi yang terdapat di dalam air tersebut bukan sekadar mampu memberi kesegaran dan menganjalkan kulit muka, malah ia menaikkan aura seri si pemakai.

Sekarang ni, bila nak guna kita akan pergi ke kedai-kedai jamu untuk mendapatkan air mawar tu kan? Namun kita tidak pasti sumbernya dan ada juga menipu sebenarnya mereka hanya mengunakan bahan kimia untuk menghasilkan air mawar tersebut.

Apa kata, kita ikut resepi orang-orang lama untuk hasilkan air mawar atau air bunga yang lebih menyegarkan. Tapi di sini Laman Impiana olah sedikit untuk menjadikan air bunga tersebut lebih padu. WOWWWWWW!

Bahan-bahan:

2 genggam        Bunga-bunga harum dan segar seperti mawar, tanjung dan sebagainya

2 sudu teh       Bunga lavender kering (pilihan)

2 gengam        Daun pudina

3 titik              Pati Minyak lavender (pilihan)

3 titik              Pati Minyak mawar (pilihan)

2 cawan          Air yang disaring bersih

* yang ditanda dengan pilihan tu, kalau taknak pun tak apa. Tapi kalau ada lagi elok.

 

Cara-cara:

1. Ramaskan 1 genggam bunga bersama daun pudina dan letakkan di dalam bekas.

2. Didihkan air dan biarkan ia seketika sehingga sedikit dingin

3. Masukkan bunga dan daun pudina yang telah diramas ke dalam air yang telah sedikit dingin tadi dan biarkan 30 minit

4. Saringkan air dan buang semua daun pudina dan bunga yang telah direndam bersama tadi

5. Masukkan baki lagi satu genggam bunga dan daun pudina tadi ke dalam air yang telah disaring dan kacau beberapa ketika dan dibiarkan terendam lagi 30 minit

6. Saring sekali lagi dan pastikan tiada sisa yang tertinggal

7. Masukkan kesemua pati minyak mawar dan lavender jika perlu dan kacau rata.

8. Simpan air bunga yang telah siap di tempat berhawa dingin. Bila nak pakai, keluarkan sejam sebelum digunakan.