Setiap kali ingin membersihkan kotoran pada kipas siling di rumah, pasti anda perlu bersedia untuk menyedut habuk dan segala kekotoran yang bertebaran. Tahukah anda bahawa terdapat tip-tip berguna yang boleh dijadikan rujukan dalam memastikan habuk-habuk tidak berterbangan dan kipas dapat di bersihkan dengan mudah dan pantas? Jom kita lihat tip yang ingin WEB IMPIANA kongsikan ini.
 

1. Masukkan sarung bantal pada bilah kipas seperti dalam gambar. Selepas itu, proses pembersihan dilakukan dengan menarik sarung bantal ke bahagian atas dan bawah bilah kipas.

 

2. Seterusnya, tarik semula kain tersebut dan secara tidak langsung, habuk-habuk dan kotoran yang ada akan turut dibersihkan juga.


 

3. Ia sangat berkesan dan lihatlah bukan sahaja bersih malah kerja-kerja perbersihan kipas juga jadi lebih cepat dan mudah.


 

 

 

CARA ELAK HABUK MELEKAT PADA KIPAS

1. Basuh bilah kipas dan bersihkan kipas anda terlebih dahulu. 

2. Kemudian tuangkan sedikit pelembut kain ke dalam bekas tanpa campur air.

3. Celupkan span atau kain ke dalam cecair pelembut tadi dan sapukan pada permukaan bilah dan jaring kipas.

4. Biarkan selama 5 minit. Kemudian bilas dan keringkan kipas tersebut. Lepas tu baru pasangkan kipas itu kembali.

 

Selamat mencuba!

 

Sumber: onegoodthingbyjillee.com