Tanya sahaja kepada mana-mana wanita, siapa yang gemar untuk melipat pakaian? Rata-rata yang penulis tahu, kebanyakan wanita paling tidak suka untuk melilpat pakaian. Pada mereka, biarlah diberi tugasan memasak atau mengemas rumah, tetapi bila waktu melipat, malas itu mungkin satu perkara dan masa juga antara faktor penyebab kadangkala kerja melipat jadi suka tertangguh. Akibatnya baju-baju tinggi menggunung dalam bakul.

1. Anda memerlukan sebuah bilik khas untuk penstoran pakaian dan bilik tersebut haruslah memerlukan banyak ruang untuk meyangkut pakaian. Semua pakaian hendaklah disangkut rapi termasuk juga t-shirt. Sekiranya hendak menjimatkan ruang, anda boleh membuat penyangkut menggunakan kerusi seperti dalam gambar. Ia sangat praktikal kerana bukan sahaja kukuh, malah lebih kemas.



2. Bagi pakaian jenis seluar pula, ini adalah cara untuk anda menyangkut seluar-seluar yang di pakai harian. Tidak perlu guna penyangkut pakaian sebaliknya hanya menggunakan kelip pakaian sahaja.



3. Pakaian-pakaian yang hendak di pakai untuk pergi bekerja, anda boleh susun mengikut label setiap hari. Ini akan lebih memudahkan anda untuk mencari pakaian apabila dalam keadaan kelam kabut seperti hari-hari yang mungkin anda terlewat untuk pergi bekerja.  



4. Buat wanita, hijab atau shawl sebaiknya di gantung menggunakan penyangkut seperti ini. Bila hendak dipadankan dengan pakaian lebih mudah untuk membuat pilihan.



5. Bakul boleh di gunakan untuk penstoran kelengkapan lain selain daripada baju dan seluar.

 


6. Ini adalah salah satu cara jika tidak mempunyai ruang untuk menyangkut pakaian. Bina rak terbuka yang agak tinggi seperti ini dan setiap rak disediakan kotak yang siap di label. Masukkan pakaian mengikut label.  



 

 


Sumber Foto: cutediyprojects.com