Selepas makan ramai yang sering membiarkan pinggan dan gelas di dalam sinki. Tunggu banyak sikit lagi barulah dibasuh sekali gus.

Lagi teruk pinggan mangkuk ini tak diletak pun dalam sinki sebaliknya dibiarkan di kaunter dapur untuk dikemas kemudian.

Tapi bagi anda mahu menguruskan badan, tindakan suka menunda kerja mencuci pinggan mangkuk, gelas serta membersihkan dapur akan memberi kesan pada nafsu makan.

Menurut kajian yang  dilakukan Cornell Food and Brand Lab mereka yang menghabiskan waktu di dapur yang tidak bersih dan kemas akan mengambil lebih banyak makanan dari yang sepatutnya.

Mereka yang berada di persekitaran dapur khususnya yang penuh dengan pinggan mangkuk tidak dicuci akan menyebabkan mereka berasa kurang kawalan termasuk dari segi selera makan. Akibatnya mereka akan makan lebih banyak.

"Berada di ruang yang kotor dan berasa tak terkawal tak baik bagi mereka yang berdiet," ujar Lenny Vartanian, PhD yang menerajui kajian.

"Mereka akan berfikir kalau keadaan di dapur luar kawalan jadi mengapa saya harus mengawal pemakanan."

Justeru katanya bagi mereka yang dalam proses menurunkan berat badan sebaiknya sentiasa bersihkan ruang bukan saja dapur tapi bahagian lain rumah.

Ia akan menjadikan kita fokus pada matlamat diet dan tenang.

Sumber: www.realsimple.com