Setiap orang mesti pernah berdepan dengan bil melambung disebabkan aircond yang kadang-kadang buat kita rasa seriau bila bil TNB sampai rumah. Sampai bila nak rasa macamni?

Buat ibubapa yang ada anak kecil, kadang-kadang kita kesian bila lihat mereka berpeluh, nak tak nak pasang satu aircond dalam bilik. Itupon kita berjimat untuk tak melebihi.

 

Nak jimat tenaga, kenal pasti di mana tenaga eletrik banyak digunakan di rumah. Biasanya, ada 2 komponen yang paling banyak menggunakan tenaga elektrik:-

 

Motor - peralatan elektrik yang bermotor e.g. kipas angin, pam pemampat gas pada aircond & peti sejuk, vacuum cleaner, blender, exhaust fan dll.

Pemanas - peralatan yang mempunyai elemen pemanas e.g. seterika, hot shower, cerek elektrik, oven, hair dryer, hand dryer, lampu jenis filamen atau bulb dll

 

APA YANG KITA PERLU TAHU TENTANG PENGGUNAAN AIRCOND?

 

Aircond - Aircond banyak menggunakan elektrik untuk bahagian kompressor (unit di luar bilik) berbanding bahagian blower (unit di dalam bilik). Memasang aircond dengan lama tak semestinya menggunakan elektrik dengan banyak.

Kurangkan suhu sejuk yang disetkan untuk tidur pada waktu malam, biasanya suhu 26-27 darjah sudah memadai, tak perlu disetkan sampai 23-20 sejuknya TETAPI tidur menggunakan selimut! Aircond adalah penyaman udara... bukan lagi penyejuk udara. Kita tak perlukan udara sejuk, kita perlukan udara yang nyaman.

Sejukkan bilik 15 minit lebih awal pada pelarasan suhu yang rendah seperti 20 darjah tetapi setelah itu naikkan suhu kepada 26-27 darjah sebelum lelapkan mata.

Gunakan setting 'sleep' pada remote. Selain daripada fungsi senyapnya, untuk sesetengah jenama aircond, fungsi 'sleep' ini ialah untuk menaikkan suhu secara automatik e.g. 26 darjah untuk 60 minit pertama, 27 darjah untuk 60 minit seterusnya dan 28 darjah untuk seterusnya.

Cuci sawang-sawang yang ada pada filter (unit di dalam bilik) dengan kerap.

Kalau aircond unit itu sudah lama, sudah sampai masanya untuk diservis. Aircond yang tidak diservis akan berkurangan efficiency. Bila kurang efisien, aircond menggunakan tenaga elektrik lebih.

Pasang bidai di dinding luar atau tingkap yang terdedah kepada direct sunlight. Ini untuk mengurangkan haba panas yang tersimpan pada dinding pada waktu malam.

via GIPHY

 

 

 

6 TIP PILIH AIR COND TERBAIK UNTUK KEDIAMAN

1. 4 aspek penting yang dititikberatkan iaitu keselesaan, kecekapan, dan ketahanan, dan mesra alam.

2. Paling penting jimat tenaga tanpa risau bil elektrik melambung.

3. Senang dikendali dan diservis oleh pengguna sendiri. Bab ni, kita dah jimat nak upah technician kan.

4. Berupaya mengawal tahap suhu kesejukan agar kita sentiasa berkeadaan terkawal dan selesa.

5. Memenuhi ciri-ciri ecogreen (Ozone Depletion Properties: 0)

6. Membantu mengawal fenomena pemanasan global yang dialami sekarang.

 

Kalau anda tengah cari penghawa dingin yang lengkap, artikel ini memang perfect untuk anda.

Perkenalkan pilihan terbaik  penghawa dingin Mitsubishi R32 yang dilengkapi sistem 3D i-see sensor,yang  berupaya mengawal tahap suhu kesejukan agar kita sentiasa berkeadaan terkawal dan selesa.