Pernahkah anda mengalami situasi ketika menyeterika baju, tiba-tiba seterika tersebut meninggalkan kesan hitam yang akhirnya melekat pada pakaian dan menyukarkan urusan menyeterika? Apakah yang anda lakukan jika berhadapan dengan situasi tersebut? Adakah anda tertanya-tanya bagaimana caranya untuk mengatasi masalah hangus di bahagian bawah seterika? Nah, di sini WEB IMPIANA ingin berkongsi tip mudah bagi menyelesaikan masalah ini.

 

Antara bahan yang diperlukan adalah beberapa sudu besar garam. Anda boleh sahaja menggunakan apa-apa jenis garam yang ada.

 

Pertama, hidupkan seterika pada kepanasan sederhana. Apabila seterika mulai panas, letakkan garam dan gosok sehingga kesan hitam yang melekat pada permukaan seterika itu hilang. Kemudian, matikan seterika dan biarkan ia sejuk sepenuhnya.  Akhir sekali, lap plat bawah seterika tersebut dengan kain lembap dan biarkan sehingga kering.

 

Mudah dan senang bukan? Selamat mencuba!

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.606882.1483581511!/image/image.jpg