Penggunaan cuka begitu praktikal kerana boleh digunakan bagi seluruh kediaman sebagai pencuci serba guna. Apa yang perlu anda lakukan adalah mencampurkan sejumlah cuka dan air dengan nisbah yang sama banyak ke dalam botol penyembur. Semburkan ke ruang yang ingin dibersihkan kerana ia berfungsi sebagai nyah jangkit dan menghilangkan bau busuk.

Jangan khuatir jika kediaman atau dapur anda berbau seperti cuka. Ini kerana bau cuka akan cepat hilang apabila kering. Anda boleh membersihkan campuran cuka dan air tadi di permukaan kaunter top atau lantai. Lihatlah hasil permukaan lantai dan kaunter top yang berkilat.

Selamat  mencuba!