Kita selalu menyalahkan serbuk pencuci kerana gagal menjalankan tugas sebagaimana yang diharap. Namun tanpa kita sedar mesin kita sendiri yang kotor dan terdapat bakteria hingga menjadikan kerja mencuci lebih sukar. Tidak hairanlah, jika ada bintik-bintik kesan degil atau kesan kulat fabrik bersarang di dalam jalinan fabrik kita. Diakui, kini terdapat mesin basuh anti bakteria di pasaran tetapi bukan semua mesin basuh dilengkapkan dengan sistem canggih sebegitu.

 

Antara kaedah terbaik ialah dengan;

  • masukkan air panas ke dalam mesin basuh dan campurkan satu penutup cecair peluntur.
  • Jika anda mahukan sesuatu yang lebih semula jadi, pilih sahaja cuka makan dan putar dalam beberapa minit.
  • Biarkan selama sejam agar cecair tersebut bertindak.
  • Pastikan juga getah di bahagian atas mesin basuh anda dicuci dengan cecair pembersih kerana di sini lah juga kawasan pembiakan bakteria dan menjadikan mesin basuh kita berkerak.
  • Kemudian bilaslah mesin pencuci anda dengan cecair pewangi pakaian agar mesin anda bersih dan harum.