Selain langsir ada juga yang menggunakan bidai menutup tingkap. Kalau langsir mungkin mudah sahaja untuk cuci. Tanggalkan dan kemudian masukkan sahaja dalam mesin basuh. Namun kalau bidai nak tanggalkan dari penggantung, basuh dan gantung semula mungkin ambil masa. Bukan itu sahaja, tidak semua bidai boleh di basuh atau di rendam dengan air.  Jadi bagaimana nak cuci bidai dengan cara yang lebih mudah, jimat masa dan jimat tenaga. Web IMPIANA kongsikan dengan anda.


 

1.Anda boleh gunakan stokin lama untuk mengelap kotoran atau habuk di bidai. Caranya mudah sahaja sarungkan stokin tersebut di tangan kemudian kesatlah segala habuk dan kotoran satu persatu ikut barisan bidai. Cara ini memang sangat mudah dan boleh di lakukan dua kali sehari atau bergantunglah pada anda.



2.Cara lain kalau anda tidak mahu gunakan stokin. Anda boleh buat DIY sendiri pencuci untuk bidai anda iaitu menggunakan pengepit makanan. Ambil kain atau sapu tangan tebal di pengepit tersebut mengguankan getah . Sekiranya tak faham boleh rujuk gambar. Kemudian bolehlah mulakan proses mencuci.



Selamat Mencuba



Sumber Foto: onegoodthingbyjillee