Sekali dua bil elektrik naik, boleh terima tapi ini kerap kali terjadi. Apa yang perlu saya lakukan?

 

 

Soalan :

 Baru-baru ini saya telah diminta menukar meter elektrik rumah yang lama kepada meter elektrik yang baru. Sejak saya menukar meter elektrik yang baru bil elektrik saya mencecah ratusan sebulan berbanding sebelumnya di mana ketika saya menggunakan meter elektrik yang lama jumlah bayaran tidak pernah mencecah ratusan ringgit. Diharap pihak berwajib boleh mengatasi masalah ini kerana amat membebankan saya yang berpendapatan rendah.

 

Fauzan Omar

batu Feringghi

 

Jawapan:

Perkara ini boleh diselesaikan dengan membuat aduan kepada pihak berkuasa atau TNB mengenai hal ini. Pun begitu, pihak tuan boleh memeriksa semula aliran arus elektrik di rumah tuan di mana mungkin terdapat litar pintas  iaitu arus elektrik di cas secara berlebihan. Penggunaan soket tambahan yang berlebihan juga adalah satu punca kenaikan penggunaan meter elektrik.

 

Impiana sediakan beberapa tip yang mampu turunkan bil elektrik anda.

1 - Gunakan ruang dalam mesin basuh sepenuhnya. Jangan basuh pakaian dalam kuantiti yang sedikit dan kerap.

2 - Cuci filter pendingin udara bagi memastikan ia boleh beroperasi secara efisyen.

3 - Tutup tingkap dan pintu semasa menggunakan pendingin udara. Lagi kecil ruang yang perlu disejukkan, lebih kurang bil anda.

4 - Gunakan mentol lampu yang menggunakan tenaga yang sikit.

5 - Gosok baju dalam kuantiti pukal.

6 - Penuhkan pemanas air elektrik ke tahap maksimun setiap kali anda isi semula.

7 - Cari barangan elektrik yang mempunyai rating 5 bintang.

8 - Beri ruang kepada peti sejuk anda untuk 'bernafas'. Jarakkan peti sejuk anda dengan dinding sejauh 10cm bagi membolehkan peredaran udara yang lebih efisyen. Selain itu, jangan dedahkan peti sejuk secara langsung kepada sinaran matahari. Apabila keadaan sekeliling panas, lebih banyak tenaga diperlukan untuk peti sejuk anda untuk sejuk kembali.

9 - Tutup komputer / laptop/monitor lcd jika tidak digunakan. Jangan biarkan ia berada dalam keadaan 'standby'.

10 - Gunakan timer untuk peralatan yang hanya diperlukan untuk masa-masa tertentu. Seperti contoh lampu spotlight di luar rumah.