Kita kalau boleh nak paling mudah dan paling senang bab mencuci ni. Harini Impiana kongsikan tip cepat cuci tandas. Sejam boleh siap!

1. Gunakan span penyental pinggan mangkuk bagi mendapat kesan yang lebih baik jika mahu membersihkan jubin.

2. Gunakan cecair peluntur jika mahu menanggalkan kesan lumut pada jubin. Anda hanya perlu meletak cecair tersebut pada jubin dan biar dalam beberapa jam sebelum menyentalnya.

3. Jika mahu menanggalkan kesan degil pada tab mandi atau mangkuk jamban, renjis kan sahaja dengan serbuk baking soda. Atau anda boleh menaburnya di atas span. Sentallah jubin kamar mandi anda seminggu sekali dengan girang dan ceria.

4. Tidak salah jika anda menitiskan perahan lemon di dalam kamar mandi anda untuk bau yang menyenangkan dan menghilangkan bau hancing.

5. Luangkan kira-kira 5 minit setiap hari untuk mencuci bilik air dan tandas di rumah anda. Anda boleh melakukannya sebelum anda mandi. Apa yang perlu anda lakukan adalah letakkan sedikit cecair pencuci ke atas span dan gosok dinding, sinki dan lantai bilik mandi. Tuangkan sedikit pencuci ke dalam mangkuk tandas, gunakan berus untuk membersihkan.

6. Untuk membersihkan jubin tandas yang berlumut, anda hanya perlukan bahan peluntur. Tuang bahan peluntur yang telah dicampur dengan sedikit air ke atas lantai, berus dan biarkan selama sejam. Selepas itu bersihkan dengan air.

 

Petua Membersihkan Mangkuk Tandas Yang Kotor Dan Berkerak

 

1.  Tuang cuka ke dalam mangkuk tandas dan biarkan untuk beberapa jam. Selepas itu gosok keseluruhan mangkuk tandas menggunakan berus. Selepas kesemua kotoran berjaya ditanggalkan, siram dengan air bersih.

 

2. Selain cuka, anda juga boleh menggunakan satu tin air coke. Caranya sama seperti menggunakan cuka. Tuang ke dalam mangkuk tandas, biarkan seketika. Kemudian gosok menggunakan berus sehingga bersih dan bilas dengan air.

 

Petua Bersihkan Kotoran Degil Pada Lantai

 

1. Ambil kapur sirih dan campurkan dengan air. Tuangkan campuran itu ke lantai dan biarkan untuk beberapa minit. Selepas itu cuci menggunakan pencuci lantai. Ulangi proses ini sehingga lantai bilik air benar-benar bersih.

 

Semoga Tips Mudah Bersihkan Bilik Mandi Dan Tandas ini dapat membantu anda mendapatkan bilik air yang bersih dan selesa untuk diguna. Selamat mencuba.