Sudah tentu ramai diantara kita pernah berhadapan dengan masalah singki tersumbat. Sebelum memanggil tukang paip untuk membaikinya, lebih baik jika anda cuba beberapa langkah di bawah terlebih dahulu untuk menyelesaikan masalah ini. Ia bukan sahaja mudah, tetapi juga menjimatkan wang.

 

1. Keluarkan semua air yang bertakung di dalam singki dengan menggunakan baldi kecil atau cawan.

 

2. Curahkan secawan serbuk penaik ke dalam lubang singki.

 

3. Diikuti dengan secawan garam halus.

 

4. Kemudian, curahkan pula setengah cawan cuka tiruan.

 

5. Biarkan bahan-bahan yang dituangkan tadi bertindak selama 10 minit sebelum menuangkan air panas mendidih ke dalam lubang singki tersebut.

 

6. Setelah segala kekotoran tersumbat itu dapat dihilangkan, anda boleh pam singki mengunakan alat pengepam biasa. 

 

Selamat mencuba.