1) GANTI PERABOT BARU

Anda tidak perlu berbelanja besar membeli set perabot baru untuk memberi suasana baru pada ruang kediaman. Cukup sekadar gantikan salah satu perabot yang sudah terlalu lama dengan yang baru. Contoh, jika miliki kerusi meja makan yang sudah lama, gantikan dengan kerusi yang baru seperti gaya suai padan moden.

 

2) ILUSI CERMIN

Cermin mampu memberi impak pada sesebuah ruang,  yang kecil kelihatan lebih luas. Lantas itu, cermin mampu memberi suasana kelihatan lebih terang melalui biasan cahaya lampu pada keseluruhan ruang.

 

3) GANTUNG BINGKAI BESAR

Karya seni harus digantung pada ketinggian yang bersesuaian. Kebanyakan galeri seni menggantungkan karya seni dengan ketinggian 57 inci hingga 60 inci dari paras lantai. Anda juga harus lakukan paras gantungan karya seni sedemikian. Sesebuah karya harus digantung mengikut skala manusia bukan skala struktur sesebuah kediaman. Jika anda tidak yakin, anda boleh mengambil gambar ruang dinding kemudian dengan menggunakan aplikasi Photoshop atau aplikasi lain untuk mengukur kedudukan karya seni  yang akan digantung.  

 

4) PAMER KOLEKSI KESUKAAN

Anda harus berasa bangga untuk mempamerkan koleksi barangan kesukaan. Wujudkan satu ruang pamer dengan sebuah setting yang kreatif penuh dengan susun atur koleksi barangan  kesukaan anda itu.

 

5) KEMASAN LANTAI

Kemasan lantai dapat dilakukan dengan hamparan karpet yang sempurna. Pilih karpet dengan motif unik kesukaan anda. Setiap motif dan warna karpet memberi mood berbeza pada ruang kediaman. Rekaan motif yang besar akan membuatkan ruang luas kelihatan lebih kecil, manakala motif  kecil pada karpet pula sebaliknya.

 

6) BANTAL HIAS

Bantal hias merupakan aksesori tambahan yang mampu menutup kekurangan pada penataan raung tamu. Pemilihan warna bantal hias haruslah serasi dengan konsep yang ingin diketengahkan.

 

7) PEMILIHAN RONA CAT

Terdapat pelbagai pemilihan warna cat dengan pelbagai keistimewaan, nada dan warna. Pemilihan cat kelihatan berbeza pada setiap kediaman kerana sumber cahaya berbeza. Ini bermakna apa yang anda lihat pada kediaman orang lain tidak semestinya bersesuaian dengan kediaman anda. Jadi anda hanya boleh memilih warna cat mengikut kesesuaian barangan yang dimiliki seperti warna aksesori, karya seni, permaidani dan kemasan lembut lain.

 

8) TARIKAN PERABOT PADA RUANG

Perabot yang menghiasi ruang tidak perlu terlalu banyak sehingga memberi kesesakan kepada anda. Ruang sempurna bermakna ruang yang mampu memberi keselesaan dari segi fungsi dan pergerakan. Sebagai contoh tidak perlu berbelanja mahal untuk membeli banyak perabot,  cukup sekadar menghias ruang tamu anda dengan set sofa dan tidak perlu perabot jenis kerusi  lain.

 

9) PENATAAN CAHAYA

Dengan gantian tata cahaya lampu ia mampu membawa perubahan besar pada penampilan kediaman. Fokus pantulan cahaya lampu pada sesuatu objek bagi menonjolkan karakter sesebuah ruang.