Kita selalu cari barang murah tapi berkualiti kan? Dan mungkin ada sesetengah dari kita tak kisah pon beli barang 'second hand' janji kualiti yang dipentingkan. Namun ada perkara yang kita tak tahu, sebenarnya sesetengah barang 'second hand' ni ada tarikh luput. Senarai semak 9 barang yang perlu anda elakkan dari membeli barang 'second hand'.

1) Alat memasak

Seperti yang kita tahu, alatan memasak seperti periuk atau kuali dengan permukaan yang sudah tercalar pastinya bukan idea yang baik untuk dibeli semula. Apabila dikikis, bahan kimia berbahaya boleh melekat pada makanan anda. Oleh itu, biarlah berbelanja lebih untuk kuali baru tapi selamat.

2) Tempat duduk kereta

Admin faham, untuk satu set kerusi kereta yang baru agak mahal berbanding 'second hand' tetapi dalam beberapa kes, risiko yang bakal dialami tidak dapat diselamatkan dengan menggunakan wang ringgit. Kebanyakan kerusi kereta mempunyai tarikh tamat tempoh yang disebabkan oleh sebahagian teknologi keselamatan yang sentiasa dipertingkatkan.

3) Tilam

Tilam murah memang susah nak cari. Rata-rata makan ratusan ringgit untuk satu tilam yang empuk dan selesa. Tapi percayalah, dari menggunakan tilam yang berdebu dan berbakteria, kena gigihkan juga cari duit lebih untuk tilam baru.

4) Barang Mekap

Kalau bab ni, perempuan memang sakan habis. Seeloknya dapatkan barang mekap yang baru kerana kita kemusykilan kondisi kebersihan yang telah digunakan oleh orang sebelum ini .

5) Topi keledar

Ini mungkin kebanyakan kita tak pernah tahu mengenai topi keledar. Sebenarnya topi keledar yang sudah rosok dalamnya tidak dapat dikesan jika dilihat dari mata kasar. Oleh itu, berhati-hatilah ketika membeli. Takut-takut kita ditipu.

6) Baju renang

Baju renang yang digunakan berulang kali biasanya akan menjadi reput dan untuk membeli baju renang 'second hand', adalah lebih baik berbelanja lebih sedikit dan beli yang baru.

7) Pembersih Vakum

Faktor kebersihan perlu dititik beratkan. Kebiasaanya vakum yang digunakan telah menyedut pelbagai jenis hama dan kotoran yang terkumpul. Oleh itu, elakkan dari membeli vakum 'second hand'.