Terdapat banyak tip yang menyediakan anda cara menggunakan cuka sebagai teknik paling berkesan untuk menghapuskan masalah kotoran dan sebagainya. Sebenarnya tidak semua perkara berkaitan mencuci atau membersihkan kediaman sesuai menggunakan cuka. Berikut ialah perkara tersebut;

1. Permukaan kaunter granit dan marmar

Jangan sesekali menggunakan cuka kerana ia boleh mencelakan batuan semulajadi. Untuk membersihkan material ini, air suam yang dicampurkan dengan pencuci bersifat lembut sudah memadai.

 

2. Jubin batu

sama seperti sifat batuan semulajadi pada permukaan kaunter atas.  Jubin batu semulajadi yang selalunya dipasang di kamar mandi tidak boleh menerima bahan yang bersifat asid. Sama juga dengan bahan asid lain seperti cuka dan lemon. Elak dari menggunakan ammonia. Langkah terbaik gunakan sahaja pencuci khusus untuk batuan semula jadi atau pencuci pinggan mangkuk dan air.

 

3. Kotoran dari tumpahan telur

Sekiranya anda mendapati terdapat kesan kotoran atau tumpahan telur pada lantai jangan gunakan cuka untuk membersihkannya. Ia akan menyebabkan telur tersebut membeku dan sukar untuk dibuang.

 

4. Seterika

Menggunakan cuka untuk membersihkan bahagian seterika boleh merosakkan permukaannya. Jadi idea untuk membersihkan atau menghilangkan bau terbakar seterika itu tidak memerlukan cuka. Untuk memastikan ia tidak tersumbat (jika menggunakan stim) , kosongkan terus seterika sebaik sahaja digunakan. Ikut sahaja teknik pembersihan yang telah disediakan di dalam arahan bertulis.

 

5. Lantai kayu keras

Sesetengahnya ada yang mengatakan dengan menggunakan cuka, lantai kayu menjadi cantik dan berkilat. Manakala ada sesetengahnya kecewa kerana ia merosakkan permukaan lantai kayu mereka. Sebagai langkah terbaik, gunakan pembersih formula khusus untuk lantai kayu. Tetapi jika anda masih mahu menggunakan cuka, pastikan terlebih dahulu anda mencairkan cuka dengan menambah air. Spot bahagian tertentu dahulu sebelum membersihkan satu lantai kediaman. Ini mengelakkan perkara yang tidak diingini dari terjadi.

 

6. Kotoran degil lainnya

Dakwat, air krim dan darah tidak boleh hilang dengan penggunaan cuka semata-mata. Ia perlu menggunakan bantuan penghilang kotoran degil seperi pencuci baju dan sebagainya.