"Ish, sepahnya kasut-kasut ni... nak beli almari kasut, risau pula memakan ruang kediaman. Macam manalah nak biar sentiasa nampak kemas"?

Pernah berhadapan dengan situasi seperti ini? Biarpun anda telah menyusun sebaik-baik mungkin kasut-kasut yang ada tetapi pasti akan kembali tungang-langgang. Bukan apa selagi anda tidak menggunakan rak kasut pasti masalah ini tidak akan selesai.

Jika anda bimbangkan dengan membeli rak kasut memakan ruang kediaman, berikut kami  sediakan 12 jenis rak dan teknik menyimpan kasut agar tidak sahaja lebih tersusun kemas malah memberikan cetusan yang elegan pada penataan mahligai anda;

1. Rak kasut horizontol ini memberikan ilusi kasut tersebut seakan-akan terapung dari atas lantai.

2. Anda boleh menggayakan ottoman ataupun meja lama dengan teknik upholstery dan mengubahnya menjadi ruang persembunyian menyimpan kasut anda. Seperti bangku rak kasut ini, ia boleh memuatkan 18 pasang kasut dalam satu masa. Dengan rekaan yang sangat kontemporari, ia begitu ideal untuk mencantikkan dekorasi rumah selain bertepatan untuk ruang yang sempit.

3. Dikenali sebagai Floor-to-Ceiling Shoe Tree, ia juga dilengkapi dengan bakul untuk membolehkan anda menyimpan kunci rumah. Boleh menyusun sebanyak 36 kasut dalam satu waktu, ia ternyata pilihan yang bijak untuk kediaman kecil.

4. Anda boleh menyimpan beg susunan kasut ini dibawah katil sahaja. Boleh menyimpan dalam 12 pasang kasut dan dilengkapi zip untuk melindungi kasut anda dari berhabuk. Menariknya lagi, ia turut mempunyai pemegang pada bahagian atas yang memudahkan anda menarik beg kasut ini dari bawah katil.

5.  Memberikan gaya rekaan rak kasut yang lebih elegan. ia boleh memuatkan 6 pasang kasut.

6. Dua dalam satu. Anda boleh duduk sambil memakai kasut dan ini memberikan keselesaan yang maksimum.

7. Dikenali sebagai portable storage bag. Selain dari anda boleh menyimpan kasut dan juga meletakkan di ruang-ruang pilihan, ia juga boleh dijadikan bahagian menyimpan aksesori lainnya.

8. Sangat sesuai untuk peminat kasut but. Ia boleh menempatkan 10 pasang but dalam satu masa. Praktikal dan memang modern look!

9. Rak tiga comparments yang menyediakan rak kasut.

10. Dari sut kanvas, rak kasut ini dilengkapkan dengan empat ruang penyimpanan kasut yang kelihatan selesa.
 

11. Boleh memuatkan 6 pasang kasut. Ia diperbuat daripada bentwood dan powder coated steel construction.


 

12. Comel sekali untuk menyimpan koleksi kasut-kasut anak anda. Setiap rak menonjolkan elemen wajah haiwan yang 'friendly'