Bagaiamana puasa anda hari ini? Mungkin semalam sudah ada yang mencuba tip menghindari lalat yang pertama. Apa kata kita cuba tip kedua? Kata orang molek kita cuba satu persatu tip yang menarik dan serasi dengan anda. Apa yang penting usaha yang berterusan dan memastikan persekitaran kediaman kita kekal bersih. Kebelakangan kini semakin ramai tuan rumah yang lebih gemar menggunakan bahan organik sebagai bahan untuk menghindari serangga seumpama ini.

Tip Halau Lalat – Episod 2

Jadi bahan berikutnya masih lagi dalam keluarga rempah. Kulit kayu manis antara rempah yang sangat kuat aromanya untuk menghalau lalat. Malah ia juga acap kali dijadikan hiasan di meja makan terutama kulit kayu manis bersaiz besar. Ada yang menyatakan kulit kayu manis ini perlu ditumbuk. dan serbuknya dimasukkan  ke dalam uncang. Tetapi kini di pasan terdapat serbuk kulit kayu manis dan anda boleh menambahn bawang putih jika mahu sebagai menambah bau yang mampu menghalau lalat.

Tip Halau Lalat – Episod 2

IKLAN

Tip Halau Lalat – Episod 2

Tambahkan bawang putih bagi mendapatkan haruman yang lebih menyengat untuk menghalau lalat. Jadi anda boleh tempatkan pada mangkuk dan digubah seperti hidangan . Jadi tidaklah ia hanya kaku seperti bahan masakan yang tidak terusik.

 

IKLAN

Tip Halau Lalat – Episod 2

Idea kreatif semarakkan ruang bersama nyalaan lilin dan kulit kayu manis.

IKLAN

IDEA KREATIF

Tip Halau Lalat – Episod 2

Jadikan ia sebagai uncang dan digantung di ruang makan mahu pun dapur anda. Ia juga sesuai dijadikan pemberian atau pek yang boleh dikomersilkan bagi hiasan meja makan mahu pun ruang dapur anda. Bukan sahaja di meja makan bahkan ditombol pintu dan sebagainya. Selain daripada itu, ikatkan sahaja pada lilin sebagai hiasan meja sempena lebaran nanti. Barulah ada gaya di samping fungsinya.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI