Perabot moden dengan potongan ringkas cukup sinonim dengan konsep minimalis yang mana ia juga berfungsi optimum di ruang sempit. Kebelakangan ini, ramai pemilik kediaman menggilai reka bentuk perabot berpotongan retro atau lebih dekat difahami sebagai konsep Scandinavia. Konsep rekaan ini berasal dari negara Scandinavia seperti Norway, Sweden, Findland dan Denmark. Perabot ini dihasilkan daripada bahan semula jadi dan bentuk yang berlengkung sederhana atau organik. Perabot keluaran Denmark mempunyai rekaan yang lebih menonjol, elegan dan sofistikated.  Bagi yang sedang mencari perabot-perabot keluaran Denmark, dapatkan dahulu panduan pembelian dari IMPIANA bagi mengelakkan terbeli perabot tiruan.

 

1.Tetapkan keperluan

Perabot Scandinavia hadir dalam pelbagai bentuk dan jenis. Ada yang ideal untuk bilk anda dan sebaliknya. Berdasarkan keperluan anda, kenal pasti perabot yang berfungsi optimum dan sesuai dengan keluasan ruang. Pertimbangkan juga kemasan pilihan sama ada kulit atau bahan lain.

 

2. Periksa teliti kemasan luar

Jika ingin membeli perabot kemasan kulit , pasti kan ia adalah kulit sebenar. Kulit palsu mampu meliputi seluruh balutan sofa dalam sekeping ‘kulit’ manakala kulit asli sebaliknya.

 

3 .Tetapkan kualiti

Sekiranya anda membeli perabot Scandinavia, pasti kan penggunaan dan pembuatan kayunya adalah daripada jenis berkualiti. Anda boleh bandingkan kemasan kayu bagi menetapkan pilihan.

 

4. Ketahui harga sebenar

Bukan semua kedai perabot tawarkan harga murah. Untuk mendapatkan harga yang terbaik, pergi lah berkunjung ke beberapa buah kedai yang terkenal dengan perabot jenis ini. Bandingkan harga dan anda juga boleh bandingkan harga yang dijual dalam talian (online)

 

5 .Kenal pasti tema dekorasi

Apa pun ruang yang bakal dihias, tetapkan tema perabot terlebih dahulu; kasual, moden atau  tradisional Danish. Perabot kasual banyak dikuasai elemen kayu dan kelihatan selesa manakala reka bentuk moden pula mempunyai rekaan berbucu dan bersegi.

 

6. Cari pusat jualan terbaik

Untuk mencapai misi ini, sebaiknya anda membaca komen yang terdapat di laman sosial. Lebih banyak maklumat diperoleh , ia akan membantu anda membuat keputusan. Anda boleh juga bertanyakan kepada rakan yang pernah membeli perabot rekaan ini.

 

7. Buat perbandingan

Bagi mendapatkan pilihan perabot terbaik, pergilah ke beberapa buah kedai bagi melakukan perbandingan harga, pilihan reka bentuk dan kualiti.

 

8. Servis dan jaminan

Kedai perabot yang bagus akan menawarkan servis dan jaminan terbaik. Oleh itu, jika kedai tersebut tidak mampu menjanjikan servis sewajarnya, maka ada eloknya anda cari kedai lain.

 

9. Promosi dan bayaran tersembunyi

Semasa membeli perabot Scandinavia tulen, anda perlu lihat kemampuan kewangan anda. Ada kedai yang tawarkan harga promosi dan jika membeli secara dalam talian, pastikan anda periksa jika ada sebarang kos tambahan penghantaran kerana ada yang kenakan harga mahal dan sebaliknya. Dalam erti kata lain sama ada membeli terus di kedai atau secara online, pastikan tiada kos bayaran tersembunyi.

 

10. Berhati-hati

Permintaan tinggi terhadap perabot reka bentuk Scandinavia ini menyebabkan banyak pengilang mengeluarkan perabot tiruan. Pasti kan anda tidak terjebak dalam hal ini.

Berikut adalah cara mengelakkannya:

 

a)    Binaan: Selalu pastikan perabot tersebut diperbuat daripada kayu padu (solid wood) dan berat. Elakkan daripada kayu partikel dan bingkai aluminium ringan. Perabot Scandinavia daripada kayu padu ini biasanya sangat utuh dan tahan bertahun-tahun penggunaan.

b)    Kemasan: Jika anda gemar kan perabot kayu asli, sila pastikan warna kemasan luarnya adalah yang tulen; tidak dicat. Bagaimana pun jika anda inginkan sentuhan moden, kemasan kayu boleh dicat putih atau hitam.

c)    Gambaran sebenar cita rasa: Adakah pilihan perabot anda itu benar-benar menepati cita rasa anda? Pilihan rekaan perabot Scandinavia amat banyak, maka pilih lah yang benar-benar anda sukai.

d)    Fabrik: kemasan fabrik berwarna cerah adalah sempurna untuk konsep ruang formal. Bagaimanapun jika anda akan menggunakannya selalu, maka pilihlah  fabrik berwarna gelap dan ia sesuai dengan tema sedia ada anda.

e)    Rekaan: Perabot Scandinavia kebanyakannya sesuai untuk konsep moden namun ada juga yang boleh digandingkan dalam konsep dekorasi tradisional. Namun  begitu jika anda ingin rekaan yang unik, pasti kan ia sesuai digandingkan dalam tema semasa ruang.