Berita baik bagi wanita yang menjadikan berkebun mahupun berlaman sebagai hobi. Kajian telah menunjukkan, berkebun berupaya mengurangkan kadar risiko barah payudara terutamanya bagi wanita pertengahan usia.

Fakta menunjukkan, 13% kadar pertumbuhan tisu barah payudara dapat dikurangkan melalui aktiviti dan pergerakkan yang dilakukan ketika berkebun – lapor The Telegraph

Menrut kajian menyeluruh, tisu barah mudah membiak dan aktif disebabkan oleh pemakanan dan aktiviti harian yang tidak sihat. Ia antara ancaman utama di kalangan wanita.

Setelah pelbagai kajian terhadap kesan barah payu dara dilakukan ke atas pengidap di suluruh dunia, World Cancer Research Fund telah membuat satu rumusan. Bahawa dalam 6,000 kes siasatan, kadar perkembangan sel barah mampu di kurangkan melalui aktiviti senaman ringan yang dilakukan paling tidak 30 mini setiap hari saya tetap. Ini termasuklah dengan berkebun.

Manakala aktiviti senaman aktif/kuat (vigorous) seperti berlari sebelum berlakunya menopause, ia mampu mengurangkan kadar risiko barah payu dara sebanyak 17%.

sumber: Prima