+INFO HOTEL
Lokasinya yang terletak di Ayer Keroh, MITC Hotel menawarkan 189 bilik yang terletak di sebuah bangunan 9 tingkat. Rangkaian bilik boleh anda pilih dari single room, twin room, queen room, king room hinggalah family room. Untuk menikmati makanan yang menyihatkan, anda boleh ke restoran Bemban yang terletak di tingkat satu. Untuk menikmati kopi pula anda boleh ke Asahan Coffee Bar yang terletak di luar hotel.

Tarikan Yang Nyaman & Damai Di MITC Hotel, Melaka Yang Patut Anda Rasai Sendiri

Pengalaman bermalam di Hotel MITC dengan dekorasi moden begitu mendamaikan. Minda terasa kosong, tubuh pula segar membuatkan tidur lena sampai ke pagi. Hotel MITC  menjanjikan pengalaman rehat dan santai yang tidak akan dilupakan.

Tarikan Yang Nyaman & Damai Di MITC Hotel, Melaka Yang Patut Anda Rasai Sendiri

Hotel MITC merupakan sebahagian daripada PKNM Thru MCorp Hotel Sdn Bhd yang terletak di pinggir ibu kota Melaka ini sememangnya menjadi lokasi tepat untuk anda merehatkan tubuh serta minda pada hujung minggu. Juga menjadi pilihan bagi anda yang berkunjung ke ibu kota untuk bercuti atau demi tugasan di bandar bersejarah ini.

Berada di bawah urusan, RiverOaks Resorts Sdn Bhd menawarkan pakej dan perkhidmatan lengkap untuk anda nikmati. Berehat di dalam hotel ini suasana menarik olahan dekorasi campuran moden dan minimalis, meredakan tekanan dan merehatakn minda kolam renang serta menikmati hidangan yang pelbagai di restoran dan kafe. Pendek kata, di sini anda dapat menikmati pengalaman yang menenangkan secara menyeluruh berdasarkan tiga prinsip ‘Cozy, Comfy & Convenience’.

Hotel yang terletak dipinggir bandaraya Melaka ini hanya mengambil masa 20 minit dari bandar Melaka. Lokasi hotel ini hampir dengan beberapa pusat rekreasi pelancongan di Ayer Keroh seperti Zoo Melaka, Taman Rama-rama, Taman Buaya, Taman Burung dan Muzium Orang Asli. Ia juga terletak berhampiran dengan beberapa Kelab Golf bertaraf Antarabangsa di Melaka.

Tarikan Yang Nyaman & Damai Di MITC Hotel, Melaka Yang Patut Anda Rasai Sendiri

KOMBINASI DEKORASI

Melangkah masuk ke ruang lobi, anda akan disambut dengan bauan bunga yang menyegarkan, membuatkan anda terlupa seketika tujuan asal berkunjung ke sini. Di samping terasa luas dek cahaya luar yang memasuki ruang dalam menerusi kaca telus pandang, dekorasi ruang ini ditata ringkas dengan kombinasi konsep yang sempurna.

Ruang lounge di sebelah kiri lobi mendapat sentuhan klasik dengan gabungan kerusi rekaan antik yang terletak dibawah tangga seperti istana. Ruang disegarkan lagi dengan pokok-pokok hidup membuatkan suasana begitu selesa dan nyaman.

IKLAN

Pada ruang yang berlantaikan karpet ini juga menempatkan kaunter urusan yang dibina sleek, menyerlahkan lagi imej moden. Begitu juga dengan permukaan dinding lobi yang diperincikan dengan tema moden.

Siapa menyangka hotel yang bertaraf 3 bintang ini menawarkan kepelbagaian kemudahan untuk anda nikmati. Melangkah ke ruang bilik tidur, anda akan terasa begitu selesa dan cosy sekali. Tata hias dan dekorasi yang ditampilkan sesuai untuk anda merehatkan tubuh selepas penat dan tertekan dengan kerja. Sebab itulah bilik-bilik yang ada direka unik untuk anda berehat dan merasai sendiri ketenangannya. Setiap bilik yang terletak di setiap tingkat ini juga ditata dengan tema warna-warni bumi bagi membangkitkan lagi keselesaan. Anda tidak perlu risau untuk mengunjungi hotel ini kerana MITC mempunyai 189 bilik untuk didiami.

Dengan lantai berkarpet dan dinding yang ditampal wallpapers motif geometrik tampak begitu sepadan, diperincikan pula dengan penggunaan perabot rekaan ringkas dan bersaiz kecil mengikut keluasan bilik. Bilik yang masih menyerapkan dekorasi moden ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan peralatan elektronik, toiletries serta kemasan fabrik seperti cadar dan sarung bantal yang amat lembut seperti berada di dalam bilik tidur sendiri di rumah.

TENANG MENDAMAIKAN

Selain menikmati ketenangan dibilik tidur dan sekitar hotel ini, anda juga boleh meluangkan masa di kafe Asahan yang terletak di tingkat bawah. Kafe yang  istimewa dengan pelbagai jenis kopi ini juga menyediakan hidangan yang menyelerakan serta suasana yang menenangkan. Pada waktu malam, anda boleh menikmati hidangan sambil dihiburkan oleh artis-artis jemputan. Jika anda ingin menjamu selera dengan suasana restoren mewah anda boleh ke restoran Bemban yang terletak di tingkat satu.

Tarikan Yang Nyaman & Damai Di MITC Hotel, Melaka Yang Patut Anda Rasai Sendiri

IKLAN

Tarikan Yang Nyaman & Damai Di MITC Hotel, Melaka Yang Patut Anda Rasai Sendiri

Tarikan Yang Nyaman & Damai Di MITC Hotel, Melaka Yang Patut Anda Rasai Sendiri

Tarikan Yang Nyaman & Damai Di MITC Hotel, Melaka Yang Patut Anda Rasai Sendiri

Tarikan Yang Nyaman & Damai Di MITC Hotel, Melaka Yang Patut Anda Rasai Sendiri

Tarikan Yang Nyaman & Damai Di MITC Hotel, Melaka Yang Patut Anda Rasai Sendiri

Tarikan Yang Nyaman & Damai Di MITC Hotel, Melaka Yang Patut Anda Rasai Sendiri

IKLAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI