Siapa yang tidak mahu memiliki laman yang besar dan luas namun dengan harga perumahan yang tinggi sekarang dan kekurangan tanah di halaman rumah boleh membantutkan impian ini.

Tetapi dengan trik ringkas ini, anda mampu memberi ilusi keluasan kepada laman anda yang sedia ada.


Trik 1: Fokuskan kepada pintu masuk laman

Hiaskan pintu masuk ke laman anda dengan flowerbeds, shrubs atau pasu bunga yang menarik. Mata yang melihat pasti akan tertarik dengan pintu masuk dan akan orang akan memberi kurang fokus kepada saiz laman anda.


Trik 2: Samarkan hujung sempadan laman

Dengan menanam gumpalan pepohon pada hujung sempadan laman, ia akan menyamarkan saiz sebenar laman.


Trik 3: Gunakan pasu/bekas/rak bertingkat

Jika anda sukakan berkebun tetapi tidak memiliki tanah yang luas, pasu/bekas/rak bertingkat adalah solusi yang terbaik. Pastikan bekas di bahagian bawah lebih besar dari yang atas.


Trik 4: Jangan overcrowd

Pelan laman anda dengan baik sebelum menanam. Ini akan memastikan yang anda tidak menanam dengan berlebihan yang boleh menjadikan laman anda semak dan sesak.