Apabila sebut sahaja baja organik, pasti anda akan terfikirkan kos untuk membelinya. Memang tidak boleh disangkal bahawa baja organik lebih mahal harganya namun ia menjanjikan pokok yang anda tanam tumbuh dengan baik dan selamat.

Dalam hal ini, mengapa anda perlu berbelanja lebih? Baja organik yang terbaik boleh datang dari dapur dan makanan harian anda! Terdapat tiga jenis baja organik yang bukan sahaja mudah untuk didapati malah anda hanya perlu ambil sahaja dari dapur anda setelah anda selesai dengannya.


Baja Serbuk Kopi (organik)

 



Tahukah anda serbuk kopi merupakan baja natural yang boleh menambah nitrogen kepada tanah malah maningkatkan asiditinya. Baja ini akan menjadikan pokok bunga ros, hydrangeas, magnolias dan rhodies gembira!

Timbuskan 25% sebuk kopi anda ke dalam tanah sebelum anda menanam. Sebuk kopi juga akan meningkatkan kadar nutrien dalam tanah.


Baja Kulit Pisang

 


 

Tinggi dengan potasium, fosforus dan kalsium, kulit pisang bagus untuk pokok berbunga dan berbuah. Anda hanya perlu menanam kulit pisang pada dasar tanah dan biarkan ia mengurai.

Anda juga boleh sejuk bekukan pisang yang terlebih masak (yang mahu dibuang) dan kemudian tanam bersebelahan dengan pokok apabila perlu.

Kulit pisang ini juga boleh dijadikan air semburan. Rendam kulit pisang di dalam air selama 2 - 3 hari, kemudian renjis kepada pokok atau biji benih.


Baja Kulit Telur

 


 

Kulit telur tinggi dengan kalsium yang mana ia penting untuk pertumbuhan selular dalam semua tumbuhan. Hancurkan sahaja kulit telur ini dan tanam ke dalam tanah.

Jika anda mahukan efek yang lebih cepat, buat air semburan.


Resipi

20 kulit telur
4 liter air

Didihkan kulit telur di dalam air selama beberapa minit, kemudian biarkan ia sejuk semalaman. Tapis dan gunakan sebagai semburan atau siram sahaja terus pada pokok.