Warna yang terkandung di persekitaran mempengaruhi emosi dan gaya hidup.

 

Biru

Biru merupakan perawat antiseptik semula jadi. Di samping itu juga, ia merupakan rawatan alami berkesan untuk penghidap darah tekanan darah tinggi di mana ia berupaya memberi ketenangan dan menyejukkan suhu badan pesakit. Rona biru juga berupaya merawat masalah sakit kepala dan migrain apabila si penghidap melihat atau di kelilingi dengan warna ini.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.608535.1483927230!/image/image.jpg

Ungu

Rona ungu berpotensi untuk merawat semangat dalaman seseorang. Di samping itu, bagi pesakit lelah, sleep disorder, pemandangan (mata), masalah kulit dan migrain, rona ini merupakan rawatan terbaik untuk mereka.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.608536.1483927396!/image/image.jpg

Jingga

Bagi peminat rona ini kebiasaannya ia cenderung kepada sikap gentle dan bertenaga. Rona ini berupaya merawat masalah ketegangan urat atau sendi, memperbaiki tekanan nadi, membantu merawat gangguan pada sistem perkumuhan iaitu buah pinggang, merawat masalah gangguan haid dan ketegangan otot. Selain itu juga, rona oren digunakan oleh pakar-pakar rawatan alternatif untuk merawat masalah imunisasi badan.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.609092.1484010312!/image/image.jpg

Hijau

Hijau merupakan rona terbaik yang terkandung di atas muka bumi ini. Ia berupaya memberi kekuatan kepada jantung dan hati. Rona ini juga berupaya merawat masalah serangan virus ringan yang terdapat di dalam badan dan secara tidak langsung mengurangkan masalah jangkitan penyakit. Paling berkesan, rona hijau membantu merawat sel-sel yang telah mati dan menggalakkan pertumbuhan sel-sel yang baru. Jika anda mengalami tekanan emosi atau panik, melihat padang rumput yang menghijau merupakan rawatan yang terbaik.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.609099.1484010612!/image/image.jpg

Kuning

Rona kuning memberi stimulasi kepada mereka yang sedang gementar. Di samping itu juga, ia membantu memberi kelegaan kepada sistem pencernaan badan. Rona ini juga berupaya membantu menstabilkan kadar metabolisme badan secara tidak langsung mengurangkan kadar gangguan pencernaan. Selain itu juga, rona kuning dapat membantu menyeimbangkan emosi seseorang terutamanya bagi mereka yang bersikap sensitif.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.609102.1484010833!/image/image.jpg

Merah

Berupaya memberi stimulasi kepada keseluruhan tenaga yang terdapat di dalam badan. Di samping itu juga, ia membantu meningkatkan tahap tenaga dan sistem imun yang lemah di dalam badan untuk berfungsi di tahap optimum. Rona merah juga merupakan warna terbaik untuk meningkatkan tahap seksualiti di mana ia membantu meningkatkan tahap kesuburan dan masalah haid.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.609109.1484011010!/image/image.jpg

Putih

Rona suci putih membantu merawat minda dan semangat dalaman seseorang. Cahaya putih walaupun daripada lampu, ia berupaya membantu merawat penyakit secara semula jadi, serta meningkatkan dan mengekalkan tahap tenaga yang terdapat di dalam badan. Untuk gigi dan tulang yang kuat, berdampinglah dengan rona-rona putih. Oleh sebab itu, susu dan ubat gigi berwarna putih.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.609115.1484011134!/image/image.jpg

Merah jambu

Merah jambu atau lebih mudah dikenali dengan warna pink membantu memberi kelegaan terhadap tekanan pada bahagian telinga dan kelenjar. Bagi mereka yang mengalami gangguan mental dan psikosomatik, rona pink memberi rawatan alami buat mereka terutamanya bagi kanak-kanak dan bayi. Bagi remaja, ibu mengandung dan wanita lewat usia, rona ini amat digalakkan untuk digunakan.
 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.609119.1484011217!/image/image.jpg