Serai biasa digunakan dalam masakan di Malaysia terutama bagi orang Melayu. Selain digunakan sebagai bahan penyedap rasa dalam masakan, serai juga sebenarnya kaya dengan pelbagai manfaat terutama dalam bidang kecantikan dan kesihatan seperti:

1) sebagai antioksidan dan mencegah penyakit kanser.
2) dapat memutihkan gigi
3) menyembuhkan perut kembung
4) Menghasilkan minyak serai

Langkah 1
Dapatkan anak benih-Anda boleh gunakan batang serai yang dijual di pasaran untuk dijadikan sebagai anak benih. Selain itu juga, boleh gunakan batang serai matang yang diambil dari rumpun serai yang ditanam.

Langkah 2
Rendam anak benih dalam bekas. Langkah ini digalakkan untuk anak benih yang dibeli di kedai kerana ia tidak mempunyai akar. Rendam batang serai di dalam sedikit air untuk merangsang pertumbuhan akar. Dalam masa 4-3 hari akar sudah mula bertunas.

Langkah 3
Penyediaan medium tanah. Campuran tanah bakar dengan top soil amat sesuai untuk pertumbuhan serai di dalam pasu. Tanah jenis ini mudah di dapati di nurseri berhampiran.

Langkah 4
Kaedah Menanam. Tanam serai secara menyerong. pastikan hanya sebahagian perut serai sahaja yang tenggelam ke dalam medium bersama akar. jika keseluruhan bahagian perut serai ditanam, ia akan mengakibatkan serai mati.

 

Langkah 5
Menyiram. Di peringkat awal penanaman, Serai perlu disiram sekurang-kurangnya sehari dua kali . Ia berupaya menggalakkan tahap kematangan dan kestabilan serai kepada medium dan persekitarannya. Selepas 7 hari atau serai kelihatan mula stabil, kadar siraman perlu dikurangkan. Sekurang-kurangnya sehari sekali.

Langkah 6
Pembajaan. Untuk mendapatkan perut serai yang gemuk, baja perlu di gunakan sekurang-kurangnya dua minggu sekali. Gunakan baja organik seperti air belacan.