Pernah atau tidak anda terfikir untuk menanam sayuran pada bekas tapis?  Bagi Yuziyana Yusof, menetap di kawasan kem askar tidak pernah menghalangnya untuk bercucuk tanam. Bermula dengan mendapat idea dari sebuah laman Facebook Indonesia untuk menanam kangkung secara hidroponik, nyata teknik tersebut tidak menjadi. Usahanya tidak terhenti setakat itu apabila dia banyak merujuk pada petua-petua  yang dikongsi di dalam grup Facebook berkebun.

Sememangnya dengan adanya interaksi aktif seperti di laman sosial, ia benar-benar berkesan dengan cepat kerana cubaannya kali kedua menanam kangkung pada  empat bekas penapis akhirnya berjaya. Jom kita lihat petua yang ingin dikongsi oleh Yuziyana Yusof bersama WEB IMPIANA.

 

Untuk proses pertama menanam kangkung ini, anda perlu merendam benih selama lebih kurang 24 hingga 32 jam. Benih yang rosak akan terus dibuang.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.600581.1482200599!/image/image.jpg

 

Langkah kedua, toskan benih dan masukkan  ke dalam bekas penapis. Kemudian, tutup bekas dan biarkan selama dua hingga tiga hari supaya benih cepat tumbuh. Selepas dua hingga tiga hari, ia akan mula kelihatan seperti anak tauge. Akarnya juga mulai panjang.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.600586.1482201393!/image/image.jpg

 

Jika akar sudah mula bercambah, boleh ditambah dengan air baja AB dan didedahkan kepada cahaya. Pastikan akar terendam, tetapi air baja jangan sesekali melepasi penapis kerana dikhuatiri nyamuk bertelur.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.600600.1482201868!/image/image.jpg

 

Selepas proses-proses tersebut Berjaya dilepasi, menjaga tanaman ini tidak lagi sukar. Air baja hendaklah sentiasa perlu mencecah akar dan pada setiap tiga hari sekali, kangkung ini perlu diperiksa untuk memastikan tiada kewujudan jentik-jentik.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.600603.1482202006!/image/image.jpg

 

Tempoh untuk menuai kangkung ialah tiga minggu daripada ia mula disemai. Sekiranya lebih daripada empat minggu, kangkung tersebut akan kurang enak dan pokoknya kan mula menjalar.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.600605.1482202095!/image/image.jpg

 

Potong bahagian akar yang tumbuh sebelum kangkung sudah mula boleh dipetik.


http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.600608.1482202172!/image/image.jpg