Jika anda meninggalkan rumah untuk jangka masa yang panjang jangan terkejut sekiranya mendapati tumbuhan di halaman rumah sudah menunjukkan tanda-tanda layu atau hampir mati. Salah satu faktor yang membuatkan pokok anda berubah tidak sihat adalah kerana cuaca yang begitu panas terik.

Tetapi jangan risau, terdapat beberapa langkah mudah yang boleh dilakukan untuk mengembalikan pokok layu yang berpunca dari cahaya matahari melampau dengan teknik ini;


Langkah-langkahnya ialah:


1. Alihkan tumbuhan yang terjejas ditempat yang lebih redup/semi shade
2. Cantas bahagian ranting atau dahan tumbuhan yang layu dan mati. Proses ini diperlukan untuk mempercepatkan kadar penyerapan air oleh tumbuhan.
3. Lakukan siraman menyeluruh  (deep watering) iaitu jika tanaman ditanam di dalam pasu, siram sehingga air keluar melalui lubang pasu. Tetapi AWAS! Jika anda melihat air bertakung di dalam pasu, lakuan proses penggemburan.
4. Setelah melakukan proses ini, biarkan pokok itu  tadi di dalam tempat teduhan selama  2 – 3 minggu sehingga pokok beransur-ansur sihat dan segar.