Roof garden merupakan sebuah tanaman yang terletak pada satu ketinggian tertentu yang terletak pada bahagian atas bangunan mahupun rumah yang melibatkan bukan sahaja penanaman pelbagai jenis pokok dan bunga tetapi ada juga yang tidak lokek untuk menanam sayur-sayuran dan juga buah-buahan yang bersaiz sederhana kecil.

Selain berfungsi sebagai penambahbaikan kepada eleman kekemasan dan kecantikan sesebuah rumah itu, roof garden juga sebenarnya secara tidak langsung memberi efek kepada kondisi iklim mikro buat rumah tersebut .Istilah iklim mikro merujuk kepada ruang lingkup saiz kawasan roof garden itu sendiri termasuk tanaman yang ditanam. Antara kelebihan yang dinikmati oleh kediaman yang memiliki roof garden ialah;

Kelebihan daripada segi ekologi dan menciptakan iklim mikro yang sejuk .
Mengurangkan polusi udara.
Sebagai tempat tadahan air hujan.
Dapat melindungi atap.
Bertindak sebagai medium yang mengurangkan bunyi bising yang datang dari arah luar.

Antara roof garden yang cukup popular adalah seperti di Namba Park di Osaka, Jepun, Perpustakaan di Seattle, Amerika Syarikat, Muzium L'Historial de la Vendée, Perancis, dan Golden Gate Park di San Francisco, USA.