Sebuah laman yang indah dan berkualiti bukan sahaja terletak pada bentuk landskap, malah ia juga merangkumi aspek pemilihan dan penataan perabot. Perabot laman merupakan titik tumpu di mana anda boleh menggunakannya saat ingin menghayati keindahan tanam di halaman sendiri.

 

1) JENIS

Tentukan jenis perabot yang ingin anda gunakan serta fungsinya. Jika untuk ruang laman yang luas, meja bulat serta empat kerusi sesuai diletakkan dan digandingkan  dengan payung besar untuk berteduh bagi menyerikan suasana.

 

2) SAIZ

Saiz merupakan perkara utama yang perlu diperhatikan. Saiz perabot perlu dipilih bersesuaian dengan keluasan ruang laman anda.

 

3) MATERIAL

Pemilihan material perabot perlu diselaraskan dengan pilihan konsep serta fungsi. Jika perabot untuk laman lebih sesuai dengan material yang mempunyai ketahanan seperti kayu asli dan keluli.

 

4) SUSUN ATUR

Perabot laman yang ingin dihias haruslah ditempatkan pada sudut sesuai supaya ia tidak mendatangkan sebarang masalah pada anda kelak. Perabot seperti meja laman boleh ditempatkan pada sudut yang terlindung daripada cahaya matahari, sama ada dihalang oleh pokok ataupun tembok batu.

 

5)GAYA

Stail merupakan perkara yang menjadi tunggak utama oleh pemilik apabila memilih. Tentukan konsep  dekorasi landskap keseluruhan laman, kemudian pilih  sama ada anda mahu tampil selari mengikut konsep atau mencipta kelainan dalam padanan kontras alam semula jadi.