Siapa yang tidak sukakan bunga ini. Tetapi bunga ros bukan mudah-mudah sahaja boleh tumbuh. Ia memerlukan permulaan dan juga penjagaan yang rapi sebelum anda boleh menikmati rupa dan baunya.

Mari Impiana berikan beberapa panduan asas sebelum, semasa dan selepas anda menanam pokok bunga ini.


1. Pastikan anak pokok bunga ros ini lembap sebelum dan selepas anda menanamnya. Dan juga pastikan tanah anda diletak kompos sebelum anak pokok ditanam.

2. Jika anda tanam dalam pasu, pastikan ia mendapat pencahayaan yang baik selama enam jam.

3. Apabila pokok bunga ros anda telah berbunga dengan baik, ia sukakan 'mandian' secara mingguan. Jika cuaca panas, pastikan anda menyiramnya lebih dari biasa.

4. Pokok bunga ros gemar tanah yang baik salirannya, subur dan sedikit liat sedalam dua kaki.

5. Jika anda mahu membaja, berikan mereka ini yang organik secara berkala dalam tiga bulan sekali.

6. Cantas bunga yang sudah layu dan dahan-dahan yang sudah mati sehingga tinggal hanya 60% ketinggian.