Laman rumah bukan sahaja penyeri rumah malah ia menjadi 'santuari' kepada sang pemilik. Pening kepala apabila banyak duit sudah kita habiskan tetapi ia tetap kelihatan sepah dan semak. Mari Impiana kongsikan beberapa rahsia untuk menjadikan laman anda kemas dan teratur.


1. Tiada 'master plan'

Sebaiknya, asingkan laman anda kepada tiga bahagian; ruang awam seperti porch kereta dan laman hadapan, ruang peribadi seperti patio dan kolam renang dan ruang utiliti seperti pondok/stor dan bekas sampah.

Pilih dan buat keputusan serta kekal dengannya.


2. Anda biarkan pokok besar stand alone

Pokok besar yang berdiri sendirian akan membuat ia kelihatan random dan tiada point. Rapikan pokok itu bersama menanam pokok yang tahan-redup dan bungaan yang cantik.

Paling mudah, tanam sahaja tanaman yang menutup bumi.


3. Anda biarkan laman anda terbiar

Laman yang hijau dan besar sudah tentu menjadi idaman dan kesukaan tetapi ia memerlukan komitmen. Jika anda biarkan laman anda outgrow, ia akan menjadikan laman anda bak hutan belantara.

Pastikan saiz laman anda realistik dengan komitmen dan masa anda. Jangan biarkan ia menjadi satu projek yang anda mengeluh untuk disiapkan.


4. Terlebih membaja

Membaja mampu membantu laman anda untuk tumbuh dengan lebih baik dan segar. Tetapi apabila terlebih, ia akan mengakibatkan akar pokok tumbuh berlebihan dan rumput perlu dicantas dengan lebih kerap.

Ini akan meningkatkan kerja anda di laman dan jika anda terlepas waktu grooming, jenuh! Pastikan baja yang anda pilih bersesuaian dengan tanah dan pokok yang anda miliki.


5. Anda tidak label bahagian-bahagian tertentu

Ini mungkin bukan satu kebiasaan kita tetapi meletakkan label pada laman anda boleh membantu anda keep track akan apa yang anda tanam dan menghalang mereka dari tumbuh merata-rata.

Gunakan label dari besi bersama dengan dawai atau tali untuk mengelilingi pokok yang sama. Anda juga boleh gunakan ranting buluh yang nipis dan cucuk ke tanah seperti pagar sebagai alternatif lain.