Tidak mustahil untuk memiliki elemen air di dalam ruang laman yang sempit. Pelbagai kaedah atau reka bentuk elemen air dapat digayakan walaupun ruang dimiliki hanya berukuran 1 m2. Apa yang penting, pemilihan jenis peralatan untuk kolam mini dan tumbuhan akuatik yang berpadanan mampu menjadikan elemen ini sebagai penyeri laman anda.

Pemilihan saiz dan reka bentuk pasu juga memainkan peranan. Pastikan saiz pasu yang dipilih berpadanan dengan ruang yang tersedia. Selain itu juga, pastikan bahagian dalam pasu diberi kemasan atau coated untuk melindungi air agar tidak meresap pada dinding pasu. Namun jika anda menyimpan niat untuk menggunakan pasu atau bekas yang terdapat di dalam simpanan, lapiskan permukaan dalam pasu dengan pond liner sebagai gantian.

Terdapat empat jenis tumbuhan akuatik iaitu jenis tenggelam, terapung, permukaan dan separa akuatik. Gabungan keempat-empat jenis ini mampu mewujudkan sebuah ekosistem yang lebih alami untuk taman air anda.


Cara-cara:

1. Letakkan lapisan pond liner pada dasar pasu.

http://support.karangkraf.com/editorial/imp/26082016/LAMAN/a1%20pic%201.jpg


2. Letakkan pam ikan berkapasiti rendah di bahagian hadapan pada dasar pasu.

http://support.karangkraf.com/editorial/imp/26082016/LAMAN/a1%20pic%202.jpg


3. Masukkan saluran air yang bersambung pada pam ikan, keluar ke dalam lubang sebuah pasu plastik untuk memberi perlindungan kepada keseluruhan pam.

http://support.karangkraf.com/editorial/imp/26082016/LAMAN/a1%20pic%203.jpg


4. Taburkan pebbles bersaiz kecil membentuk dasar fountain.

http://support.karangkraf.com/editorial/imp/26082016/LAMAN/a1%20pic%204.jpg


5. Susun tumbuhan water lover di bahagian belakang pam. Pastikan akar tumbuhan yang telah dipilih telah dibersihkan sepenuhnya.

http://support.karangkraf.com/editorial/imp/26082016/LAMAN/a1%20pic%205.jpg


6. Tutup keseluruhan permukaan pasu dengan batuan sungai.

http://support.karangkraf.com/editorial/imp/26082016/LAMAN/a1%20pic%206.jpg




Tip Impiana: Pilih pelbagai rona, saiz dan tekstur tumbuhan untuk menghasiklan sebuah pemandangan yang lebih menarik.