Saya baru berjinak-jinak menanam pokok. Kebanyakkan pokok yang saya tanam adalah pokok herba dan pokok yang boleh di gunakan untuk masak. saya ingin bertanya satu soalan. Pokok-pokok saya baru-baru ini daunnya di makan ulat. Soalan saya ialah bolehkah saya guna racun serangga ataupun ada cara lain untuk atasi masalah ini???
Min_78, Kuala Selangor
 

Jangan guna racun serangga kerana bimbang ia agak berisiko membahayakan kesihatan. Namun untuk atasi masalah ini anda boleh guna racun organik yanga nda buat sendiri. Perlu diingatkan, kelebihan racun organik ini adalah bersifat menghindar dan bukan membunuh. Apabila kita kerap menyemburnya pada tanaman yang diserang ulat, bena dan sebagainya, racun organik ini mampu menghalang serangga ini dari mendekati tanaman tersebut. Membuatnya juga sangat mudah dan tidak menggunakan kos yang banyak. Bahan-bahan yang diperlukan ialah bawang putih, cili padi, minyak masak dan air. Kisar semua bahan tersebut dan letakkan dalam botol. Kemudian bolehlah di sembur pada tanaman. Bau dan rasa bahan-bahan ini amat tidak digemari oleh serangga untuk hampir. Selamat mencuba.