Kayu Pine

Apabila kita menyebut pokok Pine, terbayang-bayang suasana keindahan di pergunungan negara Barat terutama di Eropah. Bukan itu sahaja, penghasilan rekaan perabot seperti sofa, kerusi, meja mahupun kabinet oleh negara-negara Skandinavian menggunakan kayu Pine juga terkenal di seluruh dunia. Apakah istimewanya penggunaan kayu Pine untuk dijadikan perabot utama di dalam kediaman?

Jika kita melihat di Malaysia hari ini, sudah ramai pengusaha kilang perabot menggunakan kayu Pine. Antara yang paling popular kini adalah rekaan perabot kayu palet. Ini disebabkan beberapa ciri-ciri menarik yang ada pada kayu Pine .  Ronanya yang menarik iaitu merah perang dan kuning krim dengan ira kayu yang cantik menambah estetika serta sempurna dijadikan perabot.

Walaupun kayu Pine sejenis kayu lembut, tetapi kayu ini agak liat. Ia lebih kuat dan tahan lasak. Oleh sebab itu juga, ia digunakan untuk pembuatan perahu dan rumah di Eropah. Malah amat sesuai untuk membuat perabot pelbagai konsep sama ada bercirikan Skandinavian, Inggeris, kontemporari mahupun rustik.

 

Kayu Birch

Birch merupakan pokok kayu berbatang kurus serta di dalam kategori pokok berkayu keras. IA ADALAH JENIS Betula dalam keluarga Betulaceae di mana ia biasanya tubuh di kawasan berpaya serta berkait rapat dengan spesies bic dan oak daripada keluarga Fagaceae.

Tahukah anda bahawa terdapat dua jenis pokok Birch yang digunakan secara rasmi di Kanada? Birch putih di Saskatchewan manakala Birch kuning digunakan sebagai pokok rasmi di Quebec. Terdapat sembilan spesies tumbuh dengan banyaknya di Amerika Utara manakala 50 spesies lagi ditemui di seluruh dunia termasuklah yang tumbuh di dalam belukar.

Apa yang menarik tentang kayu birch , ia sering menjadi pilihan untuk bermacam-macam kerja kayu kerana harganya berpatutan di samping berkualiti tinggi. Daripada dijadikan kayu api sehinggalah kepada pencungkil gigi, pulpa kertas, komponen permainan, tongue depressors mesin serta perabot mewah. Ia turut digunakan untuk projek binaan bangunan yang berasaskan kayu.