Ini antara kesilapan-kesilapan yang sering di lakukan tanpa anda sedar. Ia bukan sahaja akan membazirkan masa dan wang malah ia juga akan melunturkan semangat anda untuk terus menghijaukan laman.


1. Tanah Tidak subur
Sebelum anda suburkan tanaman pastikan anda suburkan tanah untuk tanaman anda dulu. Tanah yang subur adalah yang paling penting untuk pastikan tanaman tumbuh dengan segar. Jadi kalau anda lihat tanaman anda tidak mahu membesar atau seperti terbantut pertumbesarannya anda harus cari jalan untuk suburkan tanah anda.

Klik untuk dapatkan info   7 bahan suburkan tanah secara semulajadi


2.Terlalu Banyak Tanaman
Ini memang kesilapan yang sering pencinta laman lakukan. Asal nampak sahaja orang jual pokok mesti nak beli. Harus diingatkan elak kan terlalu banyak tanaman dalam satu ruang. Sebaiknya gunakan lah ruang taman anda dengan bijak  dan membeli pokok-pokok yang perlu sahaja. Jangan sampai membeli kemudian buang begitu sahaja kerana kekurangan ruang atau masa.




3. Bergantung Dengan Baja Sintetik
Terlalu bergantung dengan baja sintetik. Anda sepatutnya boleh cuba menggunakan baja organik untuk kesan jangka masa panjang. Baja sintetik bukan sahaja agak mahal malah memberi kesan yang tidak baik pada alam sekitar. 

Klik untuk dapatkan info bagaimana nak hasilkan  racun serangga organik

4.Membeli Tanaman Yang Tidak sihat
Bila sampai Nursery memang akan jadi rambang mata. Semua pun nampak cantik sehingga kan anda gagal kenal pasti tanaman yang sihat dan tidak sihat. Elakkan membeli tumbuh-tumbuhan yang telah layu daunnya atau kerosakan akibat serangga. Anda wajib mendapatkan tumbuh-tumbuhan segar , hijau dan subur.




5. Kesilapan Menyiram Pokok
Air terlalu banyak atau terlalu sedikit boleh merosakkan tumbuh-tumbuhan terutama tanaman sayur-sayuran. Jika air terlalu banyak, akar akan reput. Jika  air terlalu sedikit, tumbuh-tumbuhan akan layu. Jadi anda wajib tahu berapa banyak air yang di perlukan untuk satu-satu tanaman itu.
 

6. Tahap cahaya Matahari

Sesetengah tumbuhan memerlukan lebih banyak cahaya matahari untuk berkembang manakala ada juga yang mungkin memerlukan kurang cahaya matahari. Sama seperti air anda juga harus tahu tahap cahaya tanaman anda perlukan.