Penggunaan elemen landskap kejur dan landskap lembut perlulah bijak dalam memastikan landskap idaman dapat direalisasikan. Prinsip ini juga lah yang perlu di tekankan untuk pembentukkan laman sisi yang sempurna. Perlu diingatkan juga, biarpun keluasan laman sisi ini agak terhad namun penggunaan elemen pada focal point yang dapat menjadi titik asas kepada pembentukan sesebuah taman itu sangat perlu. WEB IMPIANA ingin memberi idea buat anda untuk membentuk laman sisi yang sempurna.



1.  Menggunakan container garden sepenuhnya dan kemasan lantai dari material pebble wash. Kemas dan mudah untuk di selenggarakan.  

 



2. Dihias secara lapang hanya satu tumbuhan yang menjadi tumpuan mata. Namun untuk tarikkan tempayan-tempayan besar di susun sebaris sebagai daya tarikkan.

 



3. Sisi laman selain rumput hijau dikemasi sentuhan tanaman renek rendah berdaun dan tanaman ekzotik. Pilihan yang tepat untuk tidak kelihatan terlalu sarat.

 



4. Gaya yang cukup menarik. Elemen yang disusun membenarkan tetamu melihat secara terus focal point yang ingin ditonjolkan di dalam taman.  

 



5. Sarat dengan pelbagai jenis tanaman. Selain  memerlukan penjagaan rapi untuk memastikan tanaman sentiasa cantik ia juga memerlukan kreativiti.

 



6. Uniknya kesemua elemen di dalam ruang ini bersatu menerusi pemilihan elemen hardscape dan softscape yang serasi.