Lidah buaya atau lebih popular dengan pangilan Aloe vera merupakan salah satu spesies dari keluarga Aloe  yang tumbuh subur di dalam iklim tropika. Kebiasaanya lidah buaya ini di tanam bagi tujuan hiasan kerana ia antara tanaman yang paling mudah dan cepat membiak tanpa memerlukan penjagaan termasuklah penyiraman.

Untuk tip: penanaman aloe vera sila klik sini

Sejarah perubatan aloe vera

Batu bersurat Sumeria bertarikh 2200 SM, yang dijumpai di kota Nippur menunjukkan bahawa daun lidah buaya telah digunakan sebagai julap. Pada 1550 SM, orang Mesir Ebers Papyrus menunjukkan bahawa daun lidah buaya dikisar, dicampur dengan komponen perubatan lain dan direbus, kemudian digunakan dalam 12 formula perubatan, untuk kegunaan dalaman dan luaran. Sekitar 400 SM, sap lidah buaya telah direbus untuk kegunaan domestik dan dieksport melalui pedagang Arab sepanjang  Asia barat. Selaras itu, pokok ini telah dikenali sebagai ‘penyembuh senyap’ oleh pengganut agama Hindu dan ‘ramuan harmonik’ oleh pakar perubatan Cina kuno. Ia telah (dan masih) ditanam dan digunakan di India sebagai agen penyembuhan dalaman dan luaran

Khasiat Aloe vera

1. Dapat mengubati luka terbakar, caranya adalah: daun lidah buaya dicuci bersih, lalu dibelah menjadi dua, di dalamnya akan terdapat lendir seperti gel disapu pada luka bakar maka dalam masa 2-3 hari akan sembuh

2. Pengabilan jus lidah buaya secara kerap dapat mengeluarkan racun tubuh, iaitu adanya kandungan gelatin di dalam lidah buaya yang berkhasiat menyerap racun dalam usus dan mengeluarkannya bersama feses

3. Mengubati luka terbakar, caranya adalah: daun lidah buaya dicuci bersih, lalu dibelah menjadi dua, di dalamnya akan terdapat lendir seperti gel disapu pada luka terbakar dalam masa 2-3 hari akan sembuh. Lidah buaya juga mampu mencatumkan kulit yang terbelah akibat luka.

4. Dapat menurunkan diabetes, iaitu dengan cara mengambil jus lidah buaya setengah sudu diminum rutin selama 14 hari dipercayai dapat menurunkan kadar gula 45%

5. Boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat merah yang besar dan meradang, caranya cukup simple, ambil saja lidah buaya, kemudian belah, lalu ambil getahnya atau lendir yang terdapat di dalamnya. Sapukan pada bahagian wajah yang terkena jerawat sekali dalam sehari kurang lebih selama 10-15 minit kemudian bilas dengan air hangat

6. Hilangkan jeragat dengan cara : wajah dibersihkan terlebih dahulu menggunakan facial foam, ambil jelly lidah buayanya, lalu bersihkan dari lendir–lendirnya dan usapkan ke wajah setiap pagi juga malam hari. Biarkan selama 30 minit. Selepas itu bersihkan dengan air bersih lalu keringkan. Lakukan sekurang-kurangnya 2x sehari berturut–turut. Cara ini memakan masa lama, namun bila dilakukan secara rutin, hasilnya pun akan maksimum

7. Merawat rambut agar tidak mudah gugur, mengurangkan kelemumur, dan mempercepatkan pertumbuhan rambut, caranya adalah ambil dua pelepah lidah buaya yang sudah dicuci, kemudian gosokkan isinya pada kulit kepala yang telah di shampu , lalu balut rambut dengan kain dan bilas keesokan harinya. Lakukan kaedah rawatan ini sekurang-kurangnya 2 hari sekali untuk mendapatkan hasil optimum.  

8. Digunakan sebagai gel cukur. Alirkan lendir yang terdapat pada pelepah daun lidah buaya di kawasan yang hendak dicukur. Ia beruapaya mengurangkan kadar iritasi yang dialami usai mencukur.

10. Menguatkan akar bulu mata. Sebelum tidur, cuci bersih muka agar segar dan bebas dari bahan kimia. Ambil lendir dari daun lidah buaya dan sapukan perlahan-lahan pada bulu mata lalu di biarkan 30 minit. Lalu cuci dengan air bersih. Jadikan ia sebagai amalan harian untuk kesan yang lebih menarik dan berterusan.

11. Merawat buasir. Parut 1-2 keping daun lidah buaya dan dicampur bersama satu sudu madu dan setengah cawan air. Jadikan ia sebagai minuman harian sehingga buasir sembuh

 

Harus diingat!

Daun Lidah Buaya yang baru dipetik dari pokoknya tidak boleh digunakan terus. Ia perlu dicuci bersih dan didirikan sama ada di dalam bekas atau pada dinding untuk membuang getahnya semalam. selepas getahnya hilang, baru ia selamat digunakan.