Lidah buaya atau lebih popular dengan panggilan Aloe vera merupakan salah satu spesies dari keluarga Aloe  yang tumbuh subur di dalam iklim tropika. Kebiasaanya lidah buaya ini di tanam bagi tujuan hiasan kerana ia antara tanaman yang paling mudah dan cepat membiak tanpa memerlukan penjagaan termasuklah penyiraman.

Pokok lidah buaya memerlukan cahaya matahari penuh atau separa penuh untuk hidup. Lebar pokok boleh mencecah 60-120 cm manakala panjang pokok ialah sehingga 80 cm pada peringkat matang. Tanaman yang jarang berbunga ini mempunyai kelopak bunga  kekuningan berbentuk jambak. Apabila ditanam secara komersial, pokok lidah buaya boleh dituai setiap enam hingga lapan minggu dengan mengambil tiga ke empat daun bagi setiap rumpun.

Khasiatnya, lidah buaya bukan sekadar untuk dijadikan tanaman hiasan malah ia turut dijadikan sebagai ramuan di dalam sebahagian masakan dan juga untuk tujuan perubatan. Penggunaannya untuk tujuan perubatan telah diamalkan ratusan tahun dahulu. Walau bagaimana pun penggunaannya untuk tujuan itu di Malaysia jarang dipraktikkan.

Cara tanam lidah buaya

1. Pokok lidah buaya mudah dibiakkan melalui pembahagian akar. Pilih anak lidah buaya dari rumpun yang besar dan sihat. Potong pada bahagian pangkal akar yang bercantum dengan induk dan biarkan semalaman sebelum ditanam ke dalam medium

2. Sediakan pot khusus yang telah diisi dengan tanah. Media terbaik untuk menanam lidah buaya adalah tanah pasir kering yang juga boleh di campur dengan perlite, granit, grit, dan arang. Jangan lupa juga untuk menyediakan lubang saliran di bahagian bawah pot untuk mengalirkan air yang berlebihan. Pokok lidah buaya tidak tahan terhadap medium tanaman yang menakung air dan terlalu lembap. Ia akan merosakkan akar pokok

3. Untuk peringkat awal tanaman, pokok lidah buaya perlu di siram di awal pagi sehari sekali sehingga kelihatan pokok stabil. Apabila pokok mula matang, penyiraman hanya diperlukan sekali seminggu.

Untuk mengetahu 11 khasiat daun lidah buaya sila klik sini