Mempunyai taman kecil di ruangan balkoni sudah cukup memadai bagi mereka yang tinggal di pangsapuri. Tidak mempunyai kawasan laman yang besar membuatkan pemilik kediaman memilih cara lain dalam menambah ruangan taman mini di kawasan kediaman. Usah gusar dengan keluasan tapak yang ada, kerana walaupun ruang agak terhad namun ia tidak perlu dijadikan alasan untuk tidak bercucuk tanam. WEB IMPIANA sekali lagi tampil untuk merungkai permasalahan ini dengan solusi yang boleh dicuba oleh anda.

 

1.    Rak mini dapur yang sudah tidak digunakan lagi boleh di ubah suai untuk dijadikan sebagai tempat untuk menyusun tanaman bunga. Cat rak tersebut untuk kelihatan lebih menarik.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.596335.1481188071!/image/image.jpg

Kredit foto: jardim do coracao

 

2.     Gunakan pasu atau bekas yang berwarna-warni bagi mencipta suasana ceria dalam taman.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.596336.1481188199!/image/image.jpg

Kredit foto: balcony garden web, sandra 65

 

3.    Tanam tumbuhan kegemaran anda dengan menggunakan pasu terracotta.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.596337.1481188264!/image/image.jpg

Kredit foto: balcony garden web

 

4.    Kitar semula kayu palet untuk dijadikan sebuah taman mini pada ruang balkoni kediaman. Ia juga sangat menjimatkan ruang.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.596338.1481188336!/image/image.jpg

Kredit foto: drewcode, pinterest

 

5.    Bina tanaman secara menegak dengan menggantung tanaman pada pasu terracotta pada rak palet yang telah disediakan.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.596341.1481188400!/image/image.jpg

Kredit foto: by brittany goldwyn

 

6.    Cipta pasu bunga yang kreatif seperti dalam gambar berikut.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.596345.1481188545!/image/image.jpg

Kredit foto: diva of diy

 

7.    Bina sendiri tanaman bertingkat dengan menggunakan kayu dapat memberikan kepuasan kepada si pemilik kediaman.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.596342.1481188472!/image/image.jpg

Kredit foto: decor and the dog

 

8.     Untuk tanaman yang menjalar, tampil kreatif dengan menghasilkan ‘frame’ di kawasan laman.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.596347.1481188607!/image/image.jpg

Kredit foto: decor and the dog

 

9.    Tanam tanaman dengan menggunakan pasu seperti ini untuk kelihatan lebih vintaj.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.596349.1481188667!/image/image.jpg

Kredit foto: on sutton place

 

10.    Selain daripada ‘frame’, menara tanaman seperti ini juga dilihat dapat membantu pertumbuhan tumbuhan yang menjalar.
 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.596353.1481188720!/image/image.jpg

Kredit foto: soup addict

 

Sumber: amazinginteriordesign.com