“DI MANA ADA GULA, DI SITU ADA SEMUT.”

Peribahasa ini sangat sinonim dengan kehidupan kita seharian kan. Ini bermakna ceruk mana pun kita duduk, selagi ada sumber makanan, semut akan datang. Plastik makanan nak-nak gula yang belum buka pun semut boleh masuk.

Kita pun beli lah bekas kedap udara yang mahal-mahal untuk simpan gula. Tiba-tiba terlupa nak tutup pulak kan.. dah ada road tour baru untuk semut. Macam-macam produk dah digunakan untuk mencegah dan menghapuskan semut. tetapi masih tidak berjaya. Kenapa perkara ini berlaku?

1. Semut dapat kesan sisa makanan terutamanya gula walaupun saiz nya hanya sebesar habuk.

2. Semut akan merembeskan bahan kimia untuk satu perjalanan yang baru. Jadi apabila ada makanan yang di kesan, semut akan pulang ke sarang dan inform koloni dia. Nanti ramai-ramai semut ke tempat makanan yang baru dijumpai tadi dengan menggunakan laluan yang telah ditinggalkan kesan kimia.

3. Anda tak musnah atau ambil tindakan terhadap semut yang kelihatan berseekoran. Tahu tak, sebenarnya mereka sedang mencari makanan baru untuk dijamu koloni. lain kali. musnahkan segera.

4. Segera musnahkan koloni semut yang dijumpai. Kalau tidak, jumlah koloni bakal berkembang biak pulak kalau tindakkan segera tak diambil.

Untuk membantras semut di dalam rumah, anda boleh cuba resepi yang dikongsikan oleh yatieimra di Facebooknya

Bahan-bahan: 

¼ cawan cuka putih
1¼ cawan air paip
1-2 sudu makan sabun pencuci pinggan

Cara-cara: 
Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.

Cara menggunakan spray: 

1. Spray di kawasan laluan semut secara kerap. Memang lepas spray, kimia yang dihasilkan oleh semut akan hilang, tapi semut akan hasilkan laluan lain.

2. Membersihkan sisa makanan tumpah. Cuka boleh hilangkan bau ‘manis’ gula, gabungan cuka & sabun pulak menanggalkan minyak.

3. Jadikan semburan untuk mencuci dapur seleaps amsak.

4. Bersihkan kulat/kulapuk pada dinding/perabot. Spray & lap je (boleh tambah cuka kalau kulat tebal sangat).

5. Spray secara konsisten untuk hapuskan rumput liar di halaman rumah (untuk kesan yang lebih cepat, tambah sukatan cuka ½ cawan lagi. Kalau pekat sangat bukan setakat rumput, tanaman pn boleh mati kalau terkena)

6. Boleh juga digunakan untuk mop lantai. Boleh cairkan lagi dengan tambah 5 lagi bahagian air. Boleh tambah pencuci lantai kalau nak wangi. Gandakan sukatan untuk kuantiti yang banyak & gunakan air panas untuk lebih efektif.

Sumber: https://www.facebook.com/yatieimra

 

Komen anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: