Kediaman ini melambangkan karakter pemilik sendiri yang mengetengahkan ketegasan gaya. Tampil berani bermain dengan warna hitam segenap ruang menyerlahkan aura maskulin juga sofistikated. Sebagai seorang pereka hiasan dalaman, Januar Haikal Shamsudinin atau lebih mesra disapa Januar mempunyai prinsip tersendiri agar konsep dekorasi yang ditampilkan mempunyai identiti tersendiri. IMPIANA sejenak ke rumah anak muda yang juga pengasas butik Furby & Sugar ini.

1)

2)

3)

4)

5)



Tip Dekorasi Oleh Januar Haikal


- Sentiasa yakin dengan apa yang dimahukan. Cuba cari bahan rujukan sebelum memulakan sesuatu ‘project interior design’ dan jangan takut untuk bereksperimentasi.

- Penggunaan warna hitam kelabu atau navy blue bukan lagi pelik. Dengan pemilihan perabot yang betul dan aksesori yang cantik sebagai pelengkap, ruang kediaman anda akan nampak eksklusif.

- Jangan diabaikan aksesori tambahan seperti throw pillow, carpet, floor lamp dan scented wax kerana ia sangat membantu di dalam menghidupkan mood dan ruang tersebut.

- Elak menggunakan banyak warna di dalam satu ruang kerana ianya akan membuatkan ruang anda tiada fokus dan serabut.